About Us 关于我们

Information 资讯

News and Events 新闻与事件

Co-Curriculum 课外活动

Multimedia 多媒体

Web 2.0 互联网 2.0

iSchool Blogs iSchool部落格


Principal's Messages 校长讯息

Mesej Untuk Semua
06 Jan 2011 School Admin 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada JK Laman Web Sekolah kerana mengaktifkan semula laman web ini. Kesemua ini adalah hasil usaha gigih dan kerja sepasukan guru-guru dan murid-murid. Dengan adanya laman web ini, aktiviti-aktiviti sekolah sepanjang tahun dapat dipaparkan untuk semua warga sekolah dan masyarakat luar.

Fokus pembangunan sekolah adalah selari dengan transformasi kurikulum kebangsaan yang bermatlamat melahirkan insan yang berilmu, berkualiti dan berketrampilan demi pembangunan bangsa dan negara. Kelahiran modal insan yang cemerlang menuntut kerja sama dan persefahaman antara pendidik dengan anak didik. Oleh itu guru selaku pendidik yang berwibawa perlu melangkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran terkini, sementara anak didik pula perlu berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan. Namun bukan aspek penguasaan ilmu dan kemahiran sahaja yang diutamakan tetapi juga ketrampilan dan keperibadian insan yang mulia.

Oleh itu dalam usaha melahirkan insan yang berilmu, berkualiti dan berketrampilan, setiap unit di sekolah dari unit pentadbiran, kewangan, Pembangunan Sumber Manusia, Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan kokurikulum begitu aktif melaksanakan pelbagai program. Dalam aspek Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum, kita bangga kerana terdapat penglibatan murid-murid sehingga ke peringkat antarabangsa. Ini selaras dengan misi sekolah yang mencungkil potensi, bakat dan kebolehan individu. Program-program dan kejayaan-kejayaan murid-murid yang dipaparkan merupakan satu pengiktirafan kepada murid-murid dan diharap menjadi motivasi kepada semua untuk berusaha lebih gigih.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Lembaga Pengurusan Sekolah, Persatuan Alumni Sekolah atas segala khidmat nasihat serta sokongan dan kerjasama yang diberikan kepada sekolah. Saya juga berterima kasih kepada semua wakil rakyat dan pemimpin masyarakat, ibu bapa, orang perseorangan, badan-badan NGO yang memberi sumbagan dan bantuan kepada sekolah ini. Hubungan komuniti yang baik telah memberi impak yang sungguh positif kepada sekolah ke arah kecemerlangan.

Huang Lee Yung

Pengetua SMJK Tiong Hua

 

在此要恭喜中华中学校网站委员会再次激活此网站。这都是一班老师与同学们努力的成果。有了这网站,所有董家教员生及社会人士都能参阅学校的活动。

学校的发展焦点是与国家课程转型同步的,目的都是要培养有知识、有素质和有特定技巧的下一代,以发展国家和民族。优秀的人力资源产生能促进教育者和学生的合作和产生共识。所以,身为教师的,必须更新自身的知识和技能;而身为学生的,则应该在知识、技能和人格方面积极地达到最优秀的层面。

因此,我校在校内的各个单位,无论是领导层、财政部、人力资源发展部、学术部、学生事务部以及在课外活动方面,都积极构思和进行各项活动。我们觉得非常荣幸,因为有学生达到了全球性的比赛和参与。这跟我校的使命不言而喻,也就是发掘个人潜能。把这些活动与成就都收录在这网站,这对成功的学生来说无疑是一个很好的肯定,也可成为其他同学成功的推动力。

最后,我要感谢学校董事部、校友会所给的支持与合作。我也要感谢所有人民代议士和社会领袖、父母、个人或非盈利团体给予我校的贡献和帮助。良好的社会关系对学校迈向辉煌无疑提供了非常良好的效应。

 

 

黄丽云

山打根中华中学校长




Post a Comment 发表评论


Please [login] to post comment