SMJK TIONG HUA

中华国民型中学
Pengetahuan Mercu Jaya


About Us 关于我们 - School History 学校历史

A+ A- Reset

Sejarah Sekolah

 中 华 中 学 校 史

山打根中华中学创办于一九三八年,而停办于一九四一年二月中(日军发动太平洋战争)前后共四年。当时办至初中,已是北婆罗洲最高华文学府,战后延至一九五五年始倡议复办,一九五六年初暂借圣迈哥中学课室开课,在六十年代,中中在本洲高初中华文会考中,冠于全州,备受社会人士赞扬。同时历届剑桥文凭考试,亦有多位学生荣获甲等,誉满全州。

 

中中于六十年代初期接受教育部津贴,遵照国家教育政策改制为国民型津贴中学,但仍属山打根中华商会管辖。

 

山打根中华中学的董事由中华商会教育小组成员担任,理事长郑国权曾担任多届董事长。目前董事长为谢鹤议董事长。

 

Sejarah Sekolah

 

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong

Hua, Sandakan berasal dari Oversea Chinese

Secondary School Sandakan dan mula

ditubuhkan pada tahun 1938 oleh 2 orang adik-

beradik iaitu Encik Lo Hai Ming dan Encik Lo

Hai Keo dengan bantuan sekumpulan

masyarakat Cina yang bergiat dalam lapangan

pendidikan Cina. Guru besar ketika itu ialah

Encik Lo Hai Ming dengan kakitangan sekolah

yang berjumlah 5 orang dan pelajar seramai 30

orang sahaja. Tapak asal sekolah terletak di

dalam bangunan Sam Sen Kong Persatuan

Kwong Tong. Semua perbelanjaan adalah

daripada bantuan masyarakat Cina ketika itu.

 

Pada tahun 1940, jumlah murid yang semakin

bertambah menyebabkan perbelanjaan yang

agak besar diperlukan. Semenjak itu, Persatuan

Peniaga-peniaga Tiong Hua di bawah pimpinan

Encik Kwan Lok Ming bersama ahli-ahli

jawatankuasanya telah mengambil ahli

pentadbiran dan menukarkan namanya kepada

Sandakan Chinese Secondary School.

 

Menjelang tahun 1941, bilangan pelajar

mencapai 100 orang dan tiga buah kelas telah

dibuka dengan tenaga pengajar seramai 8

orang. Di akhir tahun 1941, Perang Dunia

Kedua telah meletus dan askar-askar Jepun

telah menyerang Sandakan mengakibatkan

sekolah yang ada terpaksa ditutup.

 

Pada tahun 1955, Datuk Khoo Siak Chiew yang

dipilih sebagai Pengerusi Persatuan Peniaga-

peniaga Tiong Hua Sandakan telah

mencadangkan supaya Sandakan Chinese

Secondary School dibuka semula

memandangkan ramai pelajar dari Sandakan

yang terpaksa melanjutkan pelajaran ke sekolah

menengah di Sekolah Menengah Tinggi Kota

Kinabalu dan Chinese Secondary School di

Tenom. Beliau telah membentuk sebuah

jawatankuasa pada 14 Oktober 1955 untuk

merancang penubuhan sekolah ini lagi.

 

Pada tahun 1956, Encik Chong Chee Sun

telah terpilih menjadi Pengerusi Persatuan

Peniaga-peniaga Tiong Hua Sandakan dan

sekolah ini telah berjaya didaftarkan semula

pada 22 Februari 1956. Pada mulanya sekolah

ini meminjam sebuah bilik darjah daripada

Sekolah Menengah St. Michael dan Encik Ho Yu

Lin telah dilantik menjadi guru besar pada masa itu.

 

Encik Ho telah meletakkan jawatan atas sebab

peribadi pada 1957 dan tempat beliau telah

digantikan oleh Encik Lee Kui Thau. Pada masa

yang sama pihak Persatuan Peniaga-peniaga

Tiong Hua telah berjaya mendapatkan bekas

tapak rumah orang-orang tua seluas 7 ekar

sebagai tapak sekolah dan di tapak inilah

terletaknya bangunan Sekolah Menengah Tiong

Hua yang ada sekarang.

 

Datuk Khoo Siak Chiew telah terpilih sebagai

Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah pada

tahun 1958. Hasil usaha beliau bilik darjah,

makmal, dewan dan rumah guru telah dibina.

Menjelang 1959, sekolah ini telah mempunyai 7

buah bilik darjah dan bilangan pelajar mencapai

280 orang. Mulai 1961, sekolah Menengah

Tiong Hua menjadi sekolah bantuan kerajaan.

Semua gaji guru dan pekerja sekolah serta

pentadbiran dibayar oleh pihak kerajaan.

 

Pada tahun 1961, Encik Lee Kui Thau telah

meletak jawatan dan pihak Lembaga

Pengurusan Sekolah telah melantik Encik

Chong Kui Yuen dari Taiwan menjadi Pengetua

sekolah ini. Dari tahun 1965 hingga 1968,

keputusan Junior 3 dan Senior 3 telah

menempatkan sekolah ini di tempat pertama di

seluruh Sabah. Pada tahun 1970, dasar

pendidikan sekolah menengah berubah yang

mana bahasa pengantar telah ditukar dari

Bahasa Cina ke Bahasa Inggeris.

 

Pihak Jabatan Pendidikan telah menghantar

Encik Chia Su Fui menjadi Pengetua Sekolah ini

pada tahun 1973. Tempat beliau telah

digantikan oleh Encik Chin Yun Chung pada

tahun 1976. Antara usaha beliau ialah

menghantar guru-guru kurang fasih berbahasa

Malaysia ke Kolej Perguruan Kent untuk

mengikut kursus Bahasa Malaysia

memandangkan dasar Pelajaran Kebangsaan

telah mengubah bahasa Pengantara kepada

Bahasa Malaysia.

 

Sekolah ini telah diterajui oleh 7 orang pengetua

lagi pada tahun-tahun berikutnya ialah Encik

Andrew Vu (1982-1987), Puan Girlie Tan Suan

Sim (1987-1989), Encik Lee Tain Siong (1989-

1997), Puan Chee Chai Jin (1998-2006), Puan

Teo Poo Siang (2006-2008), Encik Leong Kwok

Cheong (2008-2009) dan Cik Huang Lee Yung

(2009-kini). Pentadbiran yang bersilih ganti

membuahkan pelbagai perubahan baik dari segi

pengurusan, pentadbiran mahupun fizikal.

 

Kini telah separuh abad berlalu, sekolah ini

mempunyai seramai 1295 orang pelajar dari

pelbagai latar belakang keluarga yang

ditempatkan dalam 35 bilik darjah dalam satu

sesi sahaja. Penggemblengan tenaga guru

seramai 72 orang dan 11 orang anggota

kumpulan pelaksana  serta 3 orang guru tajaan

CCC yang komited dan berdedikasi pula

sentiasa gigih berusaha bagi mempertingkatkan

lagi prestasi sekolah ini.

 

Semoga sekolah ini akan terus meningkatkan

kecemerlangannya dalam kedua-dua bidang

akademik dan ko-kurikulum sesuai dengan

kematangan usianya yang mencapai lebih

separuh abad. Hasil kerjasama yang erat

semua pihak, hasrat ini pastinya boleh dijadikan

suatu kenyataan.