新闻与事件 News and Events - 学校新闻 School News

A+ A- Reset
 

Pengajian Statistik Homework(T6F3&T6B3)
17 Nov 2008 TAN WAI KONG 文件存於 Filed Under Pengajian Statistik Nota Tambahan, Nota


BAHAGIAN STATISTIK

 

TINGKATAN 6 ATAS - ULANGKAJI 1

Berdasarkan maklumat dalam  petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menggambarkan taburan pelarian Vietnam yang masih mendapat perlindungan di negara-negara Asia Tenggara hingga 30 Mei 1995 berbanding taburan pelarian yang pernah diberikan perlindungan di negara-negara berkenaan.                                                                              [15]

 

Sejak lebih kurang 20 tahun yang lalu, lebih daripada 1.4 juta orang rakyat Vietnam telah menjadi pelarian di beberapa buah negara. Daripada seramai anggaran di atas, 750,000 orang pelarian Vietnam telah berjaya membina hidup baru secara sah di sisi undang-undang di beberapa buah negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Australia. Selebihnya, masih ditempatkan di beberapa buah pusat pelarian di sekitar Asia Tenggara di bawah pengawasan pihak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

 

Menurut laporan hingga 30 Mei 1995, seramai 168,000 orang pelarian Vietnam yang masih berada di pusat-pusat pelarian di beberapa buah negara tetangga terdekatnya. Mereka ini  sedang diproses untuk dihantar pulang sebelum semua pusat pelarian yang terlibat ditutup sepenuhnya.  Setakat yang dilaporkan, kerja-kerja menghantar pulang pelarian Vietnam berjalan dengan tidak begitu lancar kerana ia melibatkan banyak rundingan tentang beberapa hal seperti masalah dokumen, pengangkutan, keselamatan dan petempatan mereka di negara asal. 

 

Hong Kong mencatatkan jumlah pelarian Vietnam yang paling tinggi masih berada di pusat-pusat pelarian di negaranya iaitu seramai 61,300 orang.  Indonesia 40,400 orang dan Filipina separuh daripadanya.  Negara-negara berkenaan pernah dicatat menerima pelarian Vietnam yang begitu ramai.  Indonesia seramai 120,000 orang, Filipina 47,000 orang dan Hong Kong seramai 185,000 orang.  Angka-angka ini dikira tanpa melibatkan pelarian Vietnam yang berjaya menjadi warga negara negara-negara maju.

 

Selain negara berkenaan, Singapura juga pernah menampung pelarian Vietnam.  Seramai 30,000 orang dicatat berlindung di pusat-pusat yang disediakan dan sebahagian besar daripadanya telah berjaya dihantar pulang.  Hingga tarikh di atas, masih terdapat 5,500 orang pelarian Vietnam di republik itu. Sikap tegas Kerajaan Singapura merupakan faktor penting mengapa tidak ramai yang masih berada di pusat-pusat perlindungan di negara mereka.

 

Malaysia dan Negara Thai juga tidak terlepas daripada isu yang sedang dibincangkan.  Daripada sejumlah 670,000 orang pelarian Vietnam yang direkod diberikan perlindungan di pusat-pusat pelarian di negara-negara berkenaan, sebanyak 27.0% pernah mendapat perlindungan di Malaysia.  Pelarian-pelarian yang selebihnya diberikan perlindungan di Negara Thai.  Walau bagaimanapun hingga akhir Mei 1995 hanya tinggal 16,800 orang pelarian Vietnam yang masih diberikan perlindungan di Malaysia dan bakinya terus ditempatkan di Negara Thai.

 

Adalah diyakini, melalui pakatan intim pertubuhan ASEAN masalah yang sedang dialami ini optimis dapat diatasi.  Sesungguhnya masyarakat antarabangsa ingin melihat suatu hari nanti tidak wujud lagi masalah pelarian Vietnam yang hidup tanpa wawasan dan arah ini bak buih-buih terapung dilambung gelombang di lautan luas.

 

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Majalah Dewan Siswa, Ogos 1996)



搜索 Search

开始日期 Start Date :
结束日期 End Date :
新闻与事件 News and Events : 学校新闻 School News  活动新闻 Co-curriculum News   行事历 Event Calendar 
 
发表评论 Post a Comment


Please [login] to post comment