新闻与事件 News and Events - 学校新闻 School News

A+ A- Reset
 

Pengajian Statistik Homework(T6F3&T6B3)
17 Nov 2008 TAN WAI KONG 文件存於 Filed Under Pengajian Statistik Nota Tambahan, Nota


TINGKATAN 6 ATAS - ULANGKAJI 2

Berdasarkan maklumat di bawah, bina satu carta bar mengufuk berpasangan atau carta cermin untuk menunjukkan jumlah peratusan penduduk mengikut jantina, lingkungan umur dan etnik di Malaysia bagi tahun 1999.                                                                                                               [15]

 

Mengikut angka populasi Malaysia pada tahun 1999,  jumlah penduduk adalah dianggarkan sebanyak 22,860,000 orang. Daripada jumlah penduduk itu, sebanyak 49.8% adalah lelaki dan 50.2% ialah perempuan.

 

Jika ditinjau dari segi umur - jantina pula dalam lingkungan umur 0-9 tahun, terdapat seramai 2,903,220 orang (12.7%) lelaki dan 2,948,940 orang (12.9%) perempuan daripada jumlah penduduk.  Daripada kumpulan lelaki, 1,485,900 orang (6.5%) ialah Melayu,  1,188,720 orang (5.2%) Cina dan India ialah 228,600 orang (1.0%).   Daripada kumpulan perempuan,  1,508,760 orang (6.6%) ialah Melayu,  1,165,860 orang (5.1%) Cina dan India ialah 274,320 orang (1.2%)

 

Bagi umur antara 10-19 tahun pula, peratusnya adalah 11.2% dan 11.4% bagi lelaki dan perempuan masing-masing.  Daripada kumpulan lelaki, 1,234,440 orang (5.4%) Melayu, 1,051,560 orang (4.6%) Cina dan India seramai 274,320 orang (1.2%)  .  Daripada kumpulan perempuan dalam lingkungan umur ini, 1,394,460 orang (6.1%) ialah Melayu,  960,120 orang (4.2%) Cina dan India ialah seramai 251,460 orang (1.1%) .

 

Umur antara 20-29 tahun pula, lelaki ialah sebanyak 1,645,920 orang (7.2%) dan perempuan 2,011,680 orang (8.8%).  Daripada kumpulan lelaki,  seramai 777,240 orang (3.4%) ialah Melayu, 708,660 orang (3.1%) Cina dan India ialah 160,020 orang (0.7%). Daripada kumpulan perempuan, 914,400 orang (4.0%) ialah Melayu, 777,240 orang (3.4%) Cina dan yang selebihnya melibatkan India.

 

Bagi peringkat umur 30-39 tahun , bilangan lelaki ialah 1,211,580 orang dan perempuan pula ialah 1,165,860 orang.  Daripada kumpulan lelaki, 525,780 orang (2.3%) ialah Melayu, 502,920 orang  (2.2%) Cina dan India ialah seramai 182,880 orang (0.8%).   Daripada kumpulan perempuan 2.4% ialah Melayu, 2.0% Cina dan India ialah 0.7%.

 

4.5% daripada jumlah rakyat ialah lelaki yang berumur 40-49 tahun.  Manakala perempuan yang berumur 40-49 tahun merupakan 4.3%.  Daripada kumpulan lelaki,  480,060 orang (2.1%) ialah Melayu, 411,480 orang (1.8%) Cina.  Daripada kumpulan perempuan,  seramai 411,480 orang (1.8%) ialah Melayu manakala  Cina ialah seramai 342,900 orang (1.5%) dan India ialah 228,600 orang (1.0%). 

 

Dalam lingkungan umur 50-59 tahun, lelaki ialah sebanyak 868,680 orang (3.8%) dan wanita pula sebanyak 662,940 orang.  Daripada kumpulan perempuan, 1.2% ialah Melayu, 0.8% Cina dan India ialah 0.9%.  Daripada kumpulan lelaki, terdapat seramai 434,340 orang Melayu, 342,900 orang Cina dan 91,440 orang India.

 

Umur dalam peringkat 60-69 tahun menunjukkan 685,800 orang (3%)  ialah lelaki manakala seramai 480,060 orang (2.1%) ialah perempuan.  Daripada kumpulan lelaki, 342,900 orang (1.5%) ialah Melayu, 228,600 orang (1.0%) Cina dan India ialah 114,300 orang (0.5%).  Daripada kumpulan perempuan seramai 205,740 orang (0.9%) ialah Melayu, 160,020 orang (0.7%) Cina dan India ialah 114,300 orang (0.5%).

 

Sebanyak 342,900 orang (1.5%) daripada jumlah penduduk ialah lelaki yang berusia 70-79 tahun manakala wanita dalam lingkungan ini ialah 434,340 orang (1.9%).   Lelaki yang melebihi umur 80 tahun sebanyak 0.6% (137,160) dan yang selebihnya adalah perempuan yang melebihi usia 80 tahun.  Dalam lingkungan umur 70-79 tahun, 0.6% ialah lelaki Melayu, 0.4% lelaki Cina manakala perempuan Melayu ialah 0.9%, perempuan Cina 0.6%.  Golongan lelaki Melayu dan Cina yang melebihi 80 tahun ialah masing-masing 45,720 orang (0.2%) manakala bagi perempuan ialah 68,580 orang (0.3%).

 

Sumber : Laporan SERU, JPM, 2000.



搜索 Search

开始日期 Start Date :
结束日期 End Date :
新闻与事件 News and Events : 学校新闻 School News  活动新闻 Co-curriculum News   行事历 Event Calendar 
 
发表评论 Post a Comment


Please [login] to post comment