新闻与事件 News and Events - 学校新闻 School News

A+ A- Reset
 

Pengajian Statistik Homework(T6F3&T6B3)
17 Nov 2008 TAN WAI KONG 文件存於 Filed Under Pengajian Statistik Nota Tambahan, Nota


BAHAGIAN STATISTIK

 

TINGKATAN 6 ATAS - ULANGKAJI 5

Pilih satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf atau kertas putih.     

                                                                                                                                                        [15]

 

5.         Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan sebuah graf gabungan yang sesuai untuk menunjukkan jumlah eksport empat komoditi utama dan jumlah perolehan eksport empat komoditi berkenaan bagi tahun 1991 hingga tahun 1994.

 

Walaupun minyak petroleum mentah menjadi komoditi yang menghasikan pendapatan eksport yang terbesar sejak tahun 1991, namun jumlah eksportnya menurun dari tahun 1991 hingga tahun 1994, kecuali pada tahun 1993 jumlah eksportnya sebanyak 21032 ribu tan metrik. Pada tahun 1991, jumlah eksport minyak petroleum mentah Malaysia ialah 22595 ribu tan metrik. Pada tahun berikutnya, eksport minyak petroleum mentah telah menurun sebanyak 9000 ribu tan metrik berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 1994 pula jumlah eksport minyak petroleum adalah sebanyak 9546 ribu tan mettrik. Pengurangan dalam eksport petroleum mentah juga menyebabkan perolehan daripada komoditi itu turut terjejas. Perolehan petroleum mentah yang mencatat RM10196 juta pada tahun 1991, menurun sebanyak RM1049 juta pada tahun 1992 berbanding perolehan tahun 1991.

 

Sementara itu, Malayisa telah mengeksport minyak kelapa sawit sabanyak 5509 ribu tan metrik pada tahun 1991 iaitu lebih 97 ribu tan metrik berbanding tahun 1992. Walaupun banyak lombing bijih timah sudah kehabisan bijih, jumlah eksport bijih timah masih menunjukkan peningkatan sebanyak 2.7 ribu tan metrik dengan catatan 545.1 ribu tan metrik pada tahun 1992 berbanding tahun 1991. Sebaliknya, eksport getah menurun sebanyak 95 ribu tan metrik pada tahun 1992, berbanding tahun 1991 yang mencatat 1132 ribu tan metrik.

 

     Jumlah perolehan daripada eksport kelapa sawit meningkat sebanyak RM524 juta pada tahun 1992 dengan perolehan bernilai RM6060 juta berbanding tahun 1991. Perolehan eksport getah menurun sebanyak RM333 juta pada tahun 1992 yang mencatat RM2024 juta berbanding tahun 1991. Walau bagaimanapun, perolehan eksport timah pula meningkat daripada RM684 juta pada tahun 1991 kepada RM721 juta pada tahun 1992. Pada tahun 1994 pula, jumlah eksport minyak kelapa sawit menurun sebanyak 2286 ribu tan metrik berbanding tahun 1993 yang mencatat 5838 ribu tan metrik. Perubahan cuaca yang berpunca daripada keadaan berjerebu sejak bulan September 1994, dijangka memberi kesan negatif kepada hasil pengeluaran kelapa sawit. Sungguhpun demikian, Malaysia masih kekal sebagai pengeluar utama minyak kelapa sawit, jumlah perolehan eksport minyak kelapa sawit menurun daripada RM5772 juta pada tahun 1993 menjadi RM3552 juta pada tahun 1994. Sementara jumlah perolehan petroleum menurun sebanyak RM2220 juta pada tahun 1994 berbanding dengan RM7996 juta pada tahun 1993. Pada tahun 1993, jumlah eksport getah ialah 937 ribu tan metrik berbanding 457.8 ribu tan metrik pada tahun 1994. Pengurangan ini berpunca daripada penukaran kawasan getah kepada tanaman lain dan projek-projek bukan pertanian. Jumlah perolehan getah menurun daripada RM2132 juta pada tahun 1993 kepada RM1159 juta pada tahun 1994.

 

     Sementara itu jumlah eksport bijih timah pada tahun 1994 mencatat sebanyak 518.5 ribu tan metrik dan perolehan berjumlah RM258 juta berbanding 535.5 ribu tan metrik dan perolehan RM489 juta pada tahun sebelumnya.

                                                           (Sumber: Diubahsuai daripada Laporan Ekonomi, 1994/95)

 

 



搜索 Search

开始日期 Start Date :
结束日期 End Date :
新闻与事件 News and Events : 学校新闻 School News  活动新闻 Co-curriculum News   行事历 Event Calendar 
 
发表评论 Post a Comment


Please [login] to post comment