新闻与事件 News and Events - 学校新闻 School News

A+ A- Reset
 

Pengajian Statistik Homework(T6F3&T6B3)
17 Nov 2008 TAN WAI KONG 文件存於 Filed Under Pengajian Statistik Nota Tambahan, Nota


BAHAGIAN STATISTIK

 

TINGKATAN 6 ATAS - ULANGKAJI 6

5.         Berdasarkan maklumat yang diberi di dalam petikan di bawah, sediakan sebuah rajah bulatan untuk membandingkan guna tenaga mengikut pekerjaan utama antara tahun 1995 dan tahun 2000.          [20]

 

Kejayaan kerajaan Malaysia memulihkan kegawatan ekonomi turut terlibat dalam pertumbuhan guna tenaga dalam negara menjelang tahun 2000.  Dalam tempoh 1995-2000, guna tenaga dalam negara mencatat peningkatan lebih 14 peratus, iaitu daripada 7,915,400 orang menjadi 9,066,200 orang.

 

Pada tahun 1995, sektor pengeluaran mencatat guna tenaga yang terbanyak iaitu 2,548,800 orang.  Angka ini terus meningkat lebih 19.4 peratus atau 497,400 orang menjelang tahun 2000.  Peningkatan ini membolehkan sektor pengeluaran menyumbang lebih 33 peratus daripada jumlah guna tenaga negara pada tahun 2000.  Ini jelas menunjukkan kemajuan dalam sektor perkilangan negara selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian termaju di rantau ini. 

 

Dalam pada itu, pertumbuhan guna tenaga dalam sektor profesional dan teknikal juga amat jelas dalam tempoh 1995-2000.  Jumlah guna tenaga dalam sektor ini meningkat sebanyak 281,800 orang menjadi 1,097,100 orang menjelang tahun 2000 berbanding tahun 1995.  Keadaan yang sama turut dilihat dalam sektor pentadbiran dan pengurusan.   Guna tenaga dalam bidang ini merekodkian pertumbuhan hampir 36 peratus.  Ini bererti guna tenaga dalam bidang ini meningkat pada kadar lebih 7.2 peratus setiap tahun dalam tempoh tersebut.  Pertumbuhan yang agak pesat ini menyebabkan jumlah guna tenaga dalam bidang ini meningkat kepada 290,100 orang pada tahun 2000 berbanding 213,700 orang pada tahun 1995.

 

Sungguhpun sektor pertanian masih menyumbang peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat Malaysia, namun pertumbuhan guna tenaga dalam bidang ini agak lembap, di mana guna tenaga dalam bidang ini agak lembap, di mana guna tenaga dalam sektor ini menurun sebanyak 175,300 orang.  Walau bagaimanapun, jumlah guna tenaga dalam sektor pertanian masih ketara iaitu 1,662,200 orang atau hampir 21 peratus daripada jumlah guna tenaga tahun 1995.  Manakala pada tahun 2000, sektor pertanian menyumbangkan lebih 16 peratus daripada jumlah guna tenaga tahun berkenaan, iaitu sebanyak 1,486,900 orang. 

 

Selain sektor-sektor tadi, pertumbuhan guna tenaga dalam beberapa sektor perkhidmatan juga ketara.  Sektor-sektor perkhidmatan lain merangkumi antara lain bidang jualan, perkeranian dan perkhidmatan kerajaan.  Secara keseluruhannya, guna tenaga dalam kategori perkhidmatan lain mengalami pertumbuhan hampir 500,000 orang.  Perkembangan ini membolehkan sumbangan sektor perkhidmatan terhadap guna tenaga negara terus bertambah menjadi hampir 35 peratus daripada jumlah guna tenaga dalam tahun 2000.   Ini bererti guna tenaga dalam kategori ini meningkat sebanyak 470,500 orang menjadi 3,145,900 orang pada tahun 2000 berbanding tahun 1995.  Pertumbuhan guna tenaga dalam beberapa sektor utama menunjukkan pembangunan negara kita yang semakin pesat dan mantap.

 

(Diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi Malaysia, 1999/2000)

 

 



搜索 Search

开始日期 Start Date :
结束日期 End Date :
新闻与事件 News and Events : 学校新闻 School News  活动新闻 Co-curriculum News   行事历 Event Calendar 
 
发表评论 Post a Comment


Please [login] to post comment