新闻与事件 News and Events - 学校新闻 School News

A+ A- Reset
 

Pengajian Statistik Homework(T6F3&T6B3)
17 Nov 2008 TAN WAI KONG 文件存於 Filed Under Pengajian Statistik Nota Tambahan, Nota


NASKAH PELAJAR

Tingkatan 6 Rendah

Piktograf - Kerja Perbincangan 1

Berdasarkan maklumat di bawah, gambarkan secara piktogram pengeluaran ikan daripada tangkapan laut dan akuakultur pada tahun 1980 dan 1985.

 

Pengeluaran dari sektor perikanan termasuk akuakultur menurun daripada 743,700 tan pada tahun 1980 menjadi 740,810 tan pada tahun 1985.  Pada masa yang sama, jumlah ikan laut yang ditangkap menurun daripada 732,800 tan bagi tahun 1980 menjadi 689,100 tan bagi tahun 1985.  Pengeluaran ikan dari akuakultur bertambah dari 10,900 tan pada tahun 1980 menjadi 51,170 tan pada tahun 1985 hasil daripada pertambahan bilangan kolam ikan di Malaysia.

Sumber : Diubahsuai daripada Rancangan Malaysia Ke-5 dan Laporan Ekonomi 1987/88.

 

 

Piktograf - Kerja Perbincangan 2

Daripada maklumat di bawah, bandingkan secara piktogram bilangan pendaftaran pelajar ke universiti dan maktab bagi tahun 1980, 1985 dan 1990.

                       

Sejak tahun 1980 pendaftaran pelajar ke universiti dan maktab bertambah dengan pesatnya.  Bilangan pendaftaran kursus di universiti telah berlipat ganda dari tahun 1980 hingga tahun 1985.  Perangkaan daripada Kementerian Pendidikan menunjukkan bahawa bilangan pendaftaran kursus di universiti dan maktab pada tahun 1980 adalah berjumlah 12,262 orang.  Bilangan ini bertambah menjadi 25,046 orang pada tahun 1985.  Dijangkakan pada tahun 1990, bilangan ini akan bertambah sehingga 45,484 orang.

Sumber : Diubahsuai daripada Rancangan Malaysia Ke-5

 

 

Piktograf - Kerja Perbincangan 3

Dengan menggunakan kaedah piktogram, gambarkan kedudukan perbandaran di Semenanjung Malaysia mengikut negeri.

 

            Sejak mencapai kemerdekaan penduduk bandar Malaysia telah bertambah.  Pada tahun 1985, 37.4% penduduk Malaysia tinggal di bandar.  Tiap-tiap negeri mempunyai taraf perbandaran yang berbeza.  Selangor Darul Ehsan (tidak termasuk Wilayah Persekutuan) mempunyai penduduk bandar yang paling ramai iaitu sejumlah 832,700 orang.  Johor Darul Takzim mempunyai penduduk bandar yang kedua ramai iaitu sejumlah 731,200 orang.  Negeri-negeri lain masing-masing mempunyai bilangan penduduk bandar yang berikut : Kedah Darul Aman (183,900 orang), Perak Darul Ridzuan (637,400 orang), Perlis (16,400 orang), Pulau Pinang (566,400 orang), Melaka (114,400 orang), Negeri Sembilan Darul Khusus (232,800 orang), Kelantan Darul Naik (305,700 orang), Pahang Darul Makmur (253,900 orang) dan Terengganu Darul Iman (299,000 orang).

Sumber : Diubahsuai daripada Rancangan Malaysia Ke-5

 

 

Piktograf - Kerja Perbincangan 4

Dengan menggunakan gambarajah S untuk mewakili petroleum; ¡ untukmewakili gas asli dan r untuk mewakili timah, gambarkan kedudukan hasil petroleum, gas asli dan timah pada tahun 1980 dan tahun 1985.

 

            Dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-4 pengeluaran galian di Malaysia mencatat rekod pertumbuhan sebanyak 6%.  Pengeluaran petroleum mentah meningkat dengan banyak dalam tempoh ini, dari 275,800 tong/hari pada tahun 1980 menjadi 446,100 tong/hari pada tahun 1985.  Seperti petroleum, pengeluaran gas asli juga bertambah dengan kadar 38.7 setahun daripada 258 mmscfd (juta standard ka3 per hari) dalam tahun 1980 menjadi 1,324 mmscfd dalam tahun 1985.  Sebaliknya, pengeluaran timah semakin menurun dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-4 dan telah merekod penurunan 10.9% setahun.  Pengeluaran timah dalam tahun 1980 ialah 61400 tan metrik.  Pada tahun 1985, pengeluaran telah berkurang menjadi 36,300 tan metrik.  Penurunan pengeluaran ini adalah akibat daripada kelebihan timah di pasaran dunia.

Sumber : Diubahsuai daripada Rancangan Malaysia Ke-5



搜索 Search

开始日期 Start Date :
结束日期 End Date :
新闻与事件 News and Events : 学校新闻 School News  活动新闻 Co-curriculum News   行事历 Event Calendar 
 
发表评论 Post a Comment


Please [login] to post comment