新闻与事件 News and Events - 学校新闻 School News

A+ A- Reset
 

Pengajian Statistik Homework(T6F3&T6B3)
17 Nov 2008 TAN WAI KONG 文件存於 Filed Under BAHAGIAN STATISTIK


BAHAGIAN STATISTIK

 

TINGKATAN 6 ATAS - ULANGKAJI 3

 

5.                   Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini sediakan carta pai yang menunjukkan perbandingan guna tenaga mengikut sektor di Malaysia bagi tahun 1980 dan 1990.                                                                                                                                 [15]

 

 

            Dalam tempoh 1980 dan 1990 guna tenaga di Malaysia semakin meningkat iaitu daripada 4.817 juta orang kepada 7.412 juta orang. Sektor pertanian menunjukkan kemerosotan dalam guna tenaga iaitu dengan jumlah pengurangan sebanyak 330 ribu orang pada tahun 1980 daripada tahun 1990 yang berjumlah 1.58 juta orang. Kemerosotan dalam guna tenaga turut berlaku dalam sektor perlombongan dan kuari iaitu daripada 80 ribu orang kepada 35 ribu orang sahaja.

 

 

            Pada tahun 1980 jumlah guna tenaga di sektor pembuatan adalah sebanyak 755 ribu orang dan meningkat kepada 1.766 juta pada tahun 1990. Sementara itu sektor pembinaan menyumbang se­banyak 5.6% dan 7.4% daripada jumlah guna tenaga pada tahun 1980 dan 1990. Bagi kemudahan awam, guna tenaga yang terlibat adalah sebanyak 37 ribu orang pada tahun 1980 dan 48 ribu orang pada tahun 1990.

 

 

            Sektor pengangkutan, perhubungan dan penyim­panan pula menyumbang sebanyak 209 ribu dan 342 ribu orang pada tahun-tahun tersebut. Perda­gangan borong, runcit, hotel dan restoran menun­jukkan peningkatan guna tenaga yang agak tinggi iaitu sebanyak 618 ribu orang daripada 674 ribu orang pada tahun 1980.

 

 

            Kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan menyumbang sebanyak 1.6% dan 4.3% daripada jumlah guna tenaga bagi kedua-dua tahun tersebut. Sementara itu, sektor perkhidmatan kera­jaan iaitu sektor awam menyumbang sebanyak 658 ribu guna tenaga dan 862 ribu guna tenaga pada kedua-dua tahun tersebut.

 

 

            Perkhidmatan bukan kerajaan merupakan sektor yang terakhir menyerap guna tenaga sebanyak 147 ribu orang pada tahun 1980 dan 620 ribu pada tahun 1990.

 

Sumber: Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Keenam (1993)



搜索 Search

开始日期 Start Date :
结束日期 End Date :
新闻与事件 News and Events : 学校新闻 School News  活动新闻 Co-curriculum News   行事历 Event Calendar 
 
发表评论 Post a Comment


Please [login] to post comment