新闻与事件 News and Events - 学校新闻 School News

A+ A- Reset
 

Pengajian Statistik Homework(T6F3&T6B3)
17 Nov 2008 TAN WAI KONG 文件存於 Filed Under Pengajian Statistik Nota Tambahan, Nota


BAHAGIAN C : PIKTOGRAF

PIKTOGRAF / PIKTOGRAM / CARTA BERGAMBAR

PENGENALAN

1.       Ia merupakan satu gambarajah yang digunakan untuk mempersembahkan data. Ia juga dikenali sebagai piktogram atau carta bergambar.

2.       Lazimnya, piktograf digunakan di dalam laporan-laporan agensi yang dikeluarkan bagi penggunaan umum kerana persembahan dalam bentuk ini adalah mudah difahami, khasnya bagi orang yang kurang memahami graf dan carta yang lebih formal.

3.       Ia merupakan sejenis graf bar mengufuk tetapi turusnya digantikan dengan simbol atau gambar.

4.      Kelemahan carta ini adalah ia susah untuk menunjukkan perbezaan sebenar antara nilai sesuatu pembolehubah bagi dua tahun yang berlainan sekiranya perbezaan antara kedua-dua tahun adalah tidak begitu besar.

 

CIRI-CIRI

1.       Piktograf ialah sejenis carta yang menggunakan gambar atau simbol untuk mewakili data tentang jenis barangan tertentu. Biasanya satu jenis gambar yang ringkas dan sesuai digunakan untuk mewakili sesuatu jenis barangan.

2.       Tiap-tiap satu gambar mewakili satu nilai tertentu. Misalnya, % ,` ,( mewakili 100 unit atau 1,000 unit.

3.       Dari gambar-gambar yang dipaparkan, anda boleh mendapat satu gambaran kasar tentang kedudukan sesuatu barangan.

4.       Jika nilai bagi dua atau lebih tahun ditunjukkan dengan piktograf, kita juga dapat  mengetahui arah alirannya. Misalnya jika barangan gambar bertambah, ini menunjukkan ada peningkatan nilai.

5.      Daripada piktograf, anda juga dapat membandingkan nilai antara tahun, antara tempat, antara jenis barangan dan sebagainya.

 

CARA MELUKIS

1.       Tentukan skala bagi satu simbol untuk mewakili sesuatu nilai tertentu. Misalnya RM100, 1,000 tong, 200 orang atau sebagainya.

2.       Lukis bentuk simbol yang sesuai, jelas serta senang difahami. Semua simbol mestilah sama saiznya, kecuali yang melambangkan setengah, suku, tiga suku atau sebagainya.

3.       Semakin banyak nilai, semakin banyak simbol yang perlu dilukis. Tentukan nilai yang sesuai  supaya tidak terlampau banyak simbol yang perlu dilukis.

4.       Sekiranya nilai kurang daripada jumlah yang ditetapkan, lukisan simbol hendaklah berkadaran.

5.       Jumlah besar (jumlah mutlak) hendaklah dicatat bagi sesuatu tahun atau tempat. Angka ini diberi memandangkan adalah susah untuk menentukan nilai sebenar sebahagian daripada sesuatu simbol.

6.      Tuliskan tajuk, petunjuk dan sumber dengan tepat dan ringkas.

 



搜索 Search

开始日期 Start Date :
结束日期 End Date :
新闻与事件 News and Events : 学校新闻 School News  活动新闻 Co-curriculum News   行事历 Event Calendar 
 
发表评论 Post a Comment


Please [login] to post comment