PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) SESI 2015/2016
Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BKKPM) akan melaksanakan proses pengambilan pelajar Program Matrikulasi KPM bagi sesi 2015/2016. Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat disarankan untuk memohon. Bayaran Permohonan Melalui Internet (MI) bagi setiap pelajar ialah RM 6.00 sahaja.
Dimaklumkan juga laman sesawang KPM iaitu www.moe.gov.my boleh dilayari mulai 1 Julai - 10 Oktober 2014. Pelajar dikehendaki mengisi borang PMI mereka sendiri dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas permohonan mereka.