关于我们 About Us

资讯 Information

新闻与事件 News and Events

课外活动 Co-Curriculum

多媒体 Multimedia

互联网 2.0 Web 2.0

iSchool部落格 iSchool Blogs


公告 Announcement

KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN ENAM 2014
08 Apr 2014 School Admin - SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG 

Tawaran kemasukan murid ke Tingkatan 6 2014 adalah secara sistem online melalui portal KPM www.moe.gov.my dan boleh disemak mulai 24 April 2014.

Tarikh pendaftaran Tingkatan 6 2014 ialah 05 Mei 2014(Isnin).

 

CALON YANG TIDAK DITAWARKAN KE TINGKATAN 6

Calon sekolah yang tidak ditawarkan ke Tingkatan 6 sesi 2014/2015 boleh membuat rayuan secara online di portal KPM www.moe.gov.my mulai 24 April sehingga 31 Mei 2014.  Keputusan permohonan akan dimaklumatkan mulai 18 Jun 2014.

 

SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN ENAM SESI 2014/2015

SYARAT AM
1. Lulus SPM – Kepujian BM
2. Umur – 17 hingga 20 tahun (21 tahun bagi calon mengulang) pada 1.1.2014

 

SYARAT KHAS
1.  JURUSAN
SAINS

  • Tiga Kepujian (tidak termasuk BM)
  • MATA GRED:  Tidak lebih 18 unit bagi 3 mata pelajaran.   Tiap-tiap satunya hendaklah dalam kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut.
 1.Matematik/ Matematik Tambahan
 2.Fizik
 3.Kimia
 4.Biologi
 5.Lukisan Kejuruteraan/
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/
Pengajian Kejuruteraan Awam/
Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/
Rekacipta/
Teknologi Kejuruteraan/
Teknologi Maklumat/
Pengajian Agroteknologi.
 6.Pengurusan Makanan/Pengajian Pakaian.

2.  JURUSAN KEMANUSIAAN

  • Tiga Kepujian (termasuk BM)
  • MATA GRED:  Tidak lebih 12 unit bagi 3 mata pelajaran (tiap-tiap satunya hendaklah dalam kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut.
 1.
Bahasa Melayu
 2.Bahasa Inggeris
 3.Kesusasteraan Melayu/Inggeris
 4.Sejarah
 5.Geografi/Pendidikan Seni Visual/Komunikasi Visual/Seni Halus/ Teater/ Rekabentuk/ Muzik/Tarian
 6.Pendidikan Islam/Moral
 7.Matematik /Matematik Tambahan
 8.Prinsip Perakaunan
 9.Sains/Sains Tambahan/Applied Science
 10.Salah satu mp Teknik/Vokasional/mata pelajaran Vokasional (MPV)
 11.Tasawwur Islam/Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/Pendidikan Syariah Islamiah
 11.Bahasa Arab Tinggi/Bahasa Arab (Komunikasi)/Bahasa Cina/Bahasa Tamil/Bahasa Iban/Bahasa Kadazan Dusun
 12.Sains Pertanian/Perdagangan/Ekonomi Asas/ Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Sukan