Pencarian Bakat Murid Pintar dan Berbakat :
SARINGAN PERTAMA UJIAN DALAM TALIAN UKM1
Sukacita dimaklumkan bahawa Pencarian Bakat Murid Pintar Cerdas bagi murid berumur 8 hingga 15 tahun melalui ujian saringan UKM1 telah bermula dan akan berakhir pada 31 Mei 2014. Semua pelajar dari Tingkatan 1, 2 dan 3 adalah diwajibkan untuk menjalankan ujian tersebut secara atas talian di laman sesawang: http://ukm1.permatapintar.edu.my .
Ujian ini boleh diambil di mana-mana sama ada di sekolah atau di rumah masing-masing. Segala maklumat lanjut tentang program PERMATA PINTAR boleh diperolehi melalui laman sesawang berikut: http://www.ukm.my/permatapintar . Semoga anda berjaya dan selamat menjawab soalan.