关于我们 About Us

资讯 Information

新闻与事件 News and Events

课外活动 Co-Curriculum

多媒体 Multimedia

互联网 2.0 Web 2.0

iSchool部落格 iSchool Blogs


公告 Announcement

PROSEDUR PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID APLIKASI DALAM TALIAN BAGI PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA SESI AKADEMIK 2014/2015
13 Nov 2013 School Admin - SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG 

Permohonan kemasukan IPTA Program Pengajian Ijazah Pertama bagi lepasan STPM/Setaraf dan SPM/Setaraf akan dibuat melalui Aplikasi Dalam Talian sahaja.  Aplikasi Dalam Talian hanya boleh diakses dengan Nombor Unik ID.  

Pelajar Tingkatan 5, Tingkatan 6 Atas yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA, Politeknik Konvensional/METrO dan ILKA bagi sesi Akademik 2014/2015 agar berurusan terus dengan kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat bagi mendapatkan Nombor Unik ID mulai 20 JANUARI 2014.  Tiada pembelian pukal nombor unik ID diamalkan bagi sesi akademik 2014/2015.  Justeru itu, pelajar perlu membeli nombor unik ID secara terus dengan kaunter BANK Simpinan Nasional sendiri.

 

DUA KATEGORI NOMBOR UNIK ID

Kategori A (bernilai 10.60)
Merangkumi calon peperiksaan Lepadan SPM/Setaraf, Lepasan SKM, Lepasan Diploma Politeknik, Lepasan Sijil Kolej Komuniti dan Lepasan Sijil ILKA

 

Kategori B (bernilai 15.60)
Merangkumi calon Lepasan STPM/Setaraf, Lepasan Matrikulasi KPM/PASUM/Asasi/Lepasan Diploma/Setaraf dan Lepasan STAM

 

NOMBOR UNIK ID perlu disimpan secara berhemah.  Ini adalah untuk mengelakkan kebocoran maklumat akibat salah guna nombor Unik ID untuk tujuan menjejaskan permohonan dan pemilihan kemasukan ke IPTA oleh individu yang tidak beretika dan tidak bertanggungjawab.