TAWARAN UNTUK MENYERTAI PROGRAM ANTARABANGSA BAGI TAHUN 2012 ANJURAN KELAB ANTARABANGSA HIROSHIMA KUALA LUMPUR DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1. PROGRAM HOMESTAY PELAJAR MUDA MALAYSIA KE JEPUN SIRI 29, 30 DAN 31
2. PROGRAM HOMESTAY KE LONDON 'WORLD UNIVERSITY TOUR' SIRI 4
3. PROGRAM HOMESTAY KE KOREA SIRI 4 DAN 5
Sukacta dimaklumkan bahawa KPM dengan kerjasama Kelab Antarabangsa Hiroshima KL akan mengadakan Program Homestay ke negara-negara seperti Jepun, Korea dan United Kingdom pada cuti persekolah tahun 2012. Semua program ini terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah menengah yang berminat untuk menimba pengalaman mengenali kebudayaan dan cara hidup masyarakat luar.
Setiap pelajar yang ingin menyertai program ini akan dikenakan sejumlah bayaran bagi membiayai kos-kos yang berkaitan termasuklah tiket penerbangan dan insuran. Mereka juga perlu mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga masing-masing serta mempunyai tahap kesihatan yang baik.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut serta borang-borang yang berkaitan tentang program Homestay ini, sila layari laman web http://www.hiroshimainternational.com atau emel di [email protected] .