关于我们 About Us

资讯 Information

新闻与事件 News and Events

课外活动 Co-Curriculum

多媒体 Multimedia

互联网 2.0 Web 2.0

iSchool部落格 iSchool Blogs


公告 Announcement

TAWARAN BIASISWA DARIPADA YAYASAN BURSA MALAYSIA
23 Apr 2012 School Admin - SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG 

Tawaran biasiswa ini terbuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) dan Matrikulasi yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian mereka ke universiti tempatan.

 

Syarat-syarat permohonan:

1.  Unur tidak lebih dari 22 tahun pada tarikh kemasukan.

2.  Keputusan STPM minima 2A dan 2B atau markah minima CGPA 3.5 untuk Matrikulasi.

3.  Mendapat keputusan A di dalam mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM.

4.  Aktif dalam aktiviti kokurikulum atau bersukan, sebaiknya memegang jawatan kepimpinan.

5.  Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 5, 000.

 

Keutamaan akan diberi kepada pelajar yang mengikuti kursus:

a.  Kewangan

b.  Perakaunan

c.  Ekonomi

d.  Perundangan (LLB dan / atau Syariah)

e.  Teknologi Maklumat

f.  Sains Aktuari

g.  Matematik

 

Selain daripada pembiayaan yuran pengajian dan elaun pelajar, pakej biasiswa yang ditawarkan juga merangkumi:

-  Bon kerja selama 2 tahun di Bursa Malaysia setelah tamat pengajian

-  Latihan Industri sekurang-kurangnya sekali di Bursa Malaysia

-  Satu unit komputer riba.

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN:  25 MEI 2012

Borang permohonan boleh dimuatturun dari laman web Bursa Malaysia , http://www.bursamalaysia.com/website/bm/about_us/the_organisation/csr/scholarships.html
dan hendaklah dihantar bersama salinan sijil-sijil yang berkenaan kepada:

 

Group Human Resources Officer
Bursa Malaysia Berhad
11th Floor Exchange Square
Bukit Kewangan
50200 Kuala Lumpur

atau melalui emel:  [email protected]