关于我们 About Us

资讯 Information

新闻与事件 News and Events

课外活动 Co-Curriculum

多媒体 Multimedia

互联网 2.0 Web 2.0

iSchool部落格 iSchool Blogs


公告 Announcement

PENGGUNAAN BUKU TEKS DAN BAHASA PENGANTAR BAGI PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS 推行"2012年巩固国语地位和强化英文教学之政策"
10 Jan 2012 School Admin - SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG 

:  全体家长                                                           

推行"2012年巩固国语地位和强化英文教学之政策"

根据教育局发出的日至2011114日的通知书,说明教育部决定从2012年开始分阶段以落实在中小学推行"巩固国语地位和强化英文教学"的政策。过渡期间,校方可自由选择英语或国语作为数理科的教育媒介语。

2.通过本校在201111月的问卷调查,中一至中五的家长皆选择数理科以英语作为媒介语。因此,本校中一及中四的学生得继续保持以英语教数理科。虽然如此,本校贷书处仍提供英语版及国语版的的数理教科书给学生。希望家长能督促令媛善用这两个版本的教科书。敬请关注,谢谢。

Kepada
Semua Ibu Bapa Pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat

Tuan / Puan,

PENGGUNAAN BUKU TEKS DAN BAHASA PENGANTAR BAGI PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI) TAHUN 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 12 Tahun 2011: Pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) bertarikh 4 November 2011, telah menjelaskan tentang pelaksanaan dasar ini secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2012. Dalam proses peralihan ini, sekolah boleh menggunakan bahasa Inggeris dan/atau bahasa pengantar masing-masing dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Pelaksanaan sedemikian bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan.

2.  Untuk makluman ibu bapa, satu tinjauan tentang opsyen PPSMI telah dijalankan dalam kalangan ibu bapa pelajar sekolah kami pada bulan November tahun 2011. Dapatan tinjauan tersebut ialah seratus peratus ibu bapa pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima memilih opsyen menggunakan Bahasa Inggeris dengan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di bawah Dasar MBMMBI. 

3.  Sehubungan itu, mulai tahun 2012, pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat sekolah ini akan menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di bawah Dasar MBMMBI.

4. Walaupun Bahasa Inggeris digunakan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, pelajar-pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat masih dibekalkan buku SPBT Sains dan Matematik dalam kedua-dua versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Diharapkan ibu bapa dapat membimbing pelajar supaya menggunakan kedua-dua buku tersebut dengan sepenuhnya.

Sekian, harap maklum.