关于我们 About Us

资讯 Information

新闻与事件 News and Events

课外活动 Co-Curriculum

多媒体 Multimedia

互联网 2.0 Web 2.0

iSchool部落格 iSchool Blogs


成就 Achievement

Pertandingan Ping Pong MSSPP Zon Kelawai
23 Mar 2008 School Admin - SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG 

Pertandingan Ping Pong MSSPP Zon Kelawai
 
25-27 Februari 2008 - Pertandingan Ping Pong MSSPP Zon Kelawai yang dianjur oleh
SMKA (P) Al Mashoor telah diadakan di dewan sekolah kita. Pasukan sekolah kita dalam
kategori 15 tahun ke bawah - Wang Annie, Lim Li Ling, Yip Swee Yan, Ng Chua Hsiang
dan Hoe Chui Ying telah memenangi johan. Dalam kategori bergu 15 tahun ke bawah,
pasangan Wang Annie dan Lim Li Ling telah memenangi johan, diikuti oleh Yip Swee Yan
dan Ng Chun Hsiang mendapat tempat kedua. Bagi perseorangan, senarai pemenang
adalah seperti berikut: Wang Annie dari K2I-Johan, Lim Li Ling dari K2E-Tempat Kedua,
Yip Swee Yan dari K2C-Tempat Ketiga.
 
Dalam kategori 18 tahun ke bawah, pasukan Lim Yin Shuang, Cheah Feng Yu, Lim Hui
Yi, Chew Wai Yee dan Cheah Feng Jin telah memenangi johan. Saudari Lim Yin Shuang
dan Cheah Feng Yu telah mendapat johan dalam bergu kategori 18 tahun ke bawah;
manakala Chew Wai Yee dan Lim Hui Yi mendapat tempat keempat. Bagi perseorangan,
Lim Yin Shuang dari P5C telah memenangi tempat ke-3.