About Us - Objective

A+ A- Reset
School Objective

Objektif sekolah adalah untuk memastikan perkembangan potensi pelajar-pelajar sekolah ini berkembang maju secara menyeluruh,seimbang dan sepadu.Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek,rohani,emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang,harmonis dan berakhlak mulia.Dengan itu seluas-luas peluang diberikan kepada pelajar-pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka dalam aspek-aspek tersebut. Berhasrat untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai jiwa kepimpinan dan bertanggungjawab dengan tugas yang diamanahkan kepadanya,bermoral,berdisiplin dan berhemah tinggi melalui kegiatan-kegiatan kokurikulum yang melibatkan semua pelajar. Menjadikan sekolah sebagai agen dalam melahirkan dan memelihara masyarakat yang harmoni,bersatu padu serta bertatasusila dengan menyemai semangat Rukun Negara.