SMJK KWANG HUA

巴生光华国民型华文中学
诚 勤 俭 毅


教师讯息 Teacher's Messages

Ucapan Guru Bertugas pada 18.6.2007
18 Jun 2007 CHIA PEI FUNG 

 

                                                       2007-06-18

Selamat pagi saya ucapkan kepada yang berusaha

Tuan Pengetua SMJK Kwang Hua, En Gan Chong Sing,

Pn Pen Kanan I, Pn Chong Mooi, Pn Pen Kanan HEM,

Pn Tan Chor Choo, Pn Pen Kanan Kokurikulum, Pn Liew,

 guru-guru kanan matapelajaran, guru-guru dan

para pelajar yang dikasihi sekalian.

Pelajar-pelajar sekalian,

 

Minggu lepas sudah berlalu begitu cepat sekali.

Bagaimana dengan keputusan peperiksaan yang kamu perolehi?

Adakah kamu berpuas hati dengan keputusan yang diberi?

Adakah kamu lulus?

Adakah kamu gagal?

Kepada sesiapa yang lulus dengan cemerlang, TAHNIAH cikgu ucapkan.

 

Sepanjang minggu lepas, cikgu mendapati bahawa ada segelintir di antara kamu telah bertukar sikap kerana gagal mencapai keputusan yang diharapkan. Ada yang menangis, ada yang merasa malu, kecewa, memencilkan diri, menjadi pemarah, berputus asa malah ada yang meminta menukar aliran.

Cikgu berasa sedih melihat keadaan sebegitu. Siapa yang tidak pernah menemui kegagalan? Cikgu sendiri seringkali menemui kegagalan!

Oleh itu, cikgu menyeru para pelajar sekalian untuk berkongsi kata-kata padoman hidup yang cikgu pegang ke hari ini. Cikgu berharap kata-kata pedoman hidup ini dapat menjadi semangat kepada kamu untuk mengatasi apajua kegagalan pada masa depan.

Kata pedoman pertama berbunyi

Never again think of failures as obstacles and handicaps. Do not see them as hinderance but think of them as power-generators to your success.

Yang membawa maksud

Jangan lagi fikirkan kegagalan sebagai penghalang dan rintangan. Jangan anggap ia sebagai rintangan tetapi anggaplah ia sebagai mesin yang berkuasa untuk mencapai kejayaan.

Kata pedoman yang kedua berbunyi

Failure is an inevitable...a necessary...a useful...a part of being successful!

Yang membawa maksud

Kegagalan memang tidak dapat dielakkan...ia satu keperluan...sesuatu yang berguna...satu cara untuk lebih berjaya!

Kesimpulannya ialah selagi kamu tidak merasai kegagalan, selagi itu kamu tidak akan dapat menikmati kejayaan.

Oleh itu, cikgu berharap kamu menganggap kegagalan hari ini adalah satu pengalaman dan pengajaran yang bermakna agar kamu berusaha lagi!

Namun, suatu perkara yang pasti, sekiranya anda berhenti berusaha mencuba, di situlah kejayaan anda akan terkubur untuk selama-lamanya.

Ingatlah selalu...Anda tidak akan gagal...selagi anda tidak berputus asa!

Sekian, selamat maju jaya dan terima kasih.

 

Disediakan oleh,

Chia Pei Fung

18/06/2007   Hari Isnin