SMJK KWANG HUA

巴生光华国民型华文中学
诚勤俭毅


关于我们 About Us - 其他 Other

A+ A- Reset
PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH

PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH Dalam merealisasikan Visi Sekolah untuk menjadi sebuah institusi pendidikan berkualiti cemerlang, maka kami dengan penuh tekad dan iltizam berjanji memberi perkhidmatan yang berkualiti : Kepada Pelajar  Memastikan guru memasuki kelas mengikut masa yang ditetapkan.  Memastikan semua pelajar dapat menjadi ahli kelab dan persatuan, sukan dan permainan serta unit beruniform.  Memastikan semua pelajar mendapat layanan yang adil dan saksama daripada pihak sekolah. Kepada Staf  Aduan staf diambil tindakan selewat-lewatnya satu hari kemudian.  Memastikan permintaan dan pesanan dibekalkan dalam tempoh 2 hari.  Mengagihkan tugasan dengan saksama dan seimbang. Kepada Penjaga  Dilayan serta-merta semasa berkunjung ke pejabat sekolah.  Menerima buku kemajuan selepas 15 hari tamat peperiksaan.  Melaporkan kes kemalangan pelajar kepada penjaga dengan serta-merta. Kepada Komuniti  Memberi layanan serta-merta kepada pelawat  Bekerjasama dengan komuniti untuk pembangunan sekolah. Kepada Negara  Menyediakan bakal sumber manusia untuk memenuhi keperluan negara.  Menyediakan warganegara yang boleh memberi sumbangan kepada keamanan dan kemakmuran negara.