Principal's Messages 校长讯息

Ucapan Pengetua
20 Feb 2014 School Admin - SMJK DINDINGS (PERAK, LUMUT) 

  • Ucapan aluan diucapkan bahawa sekolah SMJK Dindings merupakan sekolah yang terkenal dalam bidang ICT bukan sahaja di daerah Manjung tetepi di negeri Perak dan juga di negara Malaysia.
  • Sekolah SMJK Dindings juga mempunyai pelbagai kaum dan ini melambangkan penubuhan satu Malaysia.
  • Untuk mengeratkan lagi hubungan antara pelajar, semua pelajar hendaklah berkerjasama dan bertolak-ansur supaya dapat mengharumkan nama sekolah.  
  • En. Cheah Chin Beng  memperkenalkan diri dan menerangkan serba sedikit tentang sejarah perkhidmatan beliau di bidang perguruan.
  • En. Cheah Chin Beng berasa amat bangga dan gembira menjadi Pengetua SMJK Dindings.
  • Untuk calon SPM, kehadiran sekolah amat penting. Seandainya pelajar mengambil cuti bagi tempoh masa yang lama maka pihak sekolah terpaksa mengambil tindakan berdasarkan peraturan yang sedia ada.

·         Pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM mereka perlulah belajar supaya dapat lulus dengan cemerlang. Ini memudahkan pelajar untuk memasuki IPTA awam ataupun swasta.

·         Pelajar sempat membuat ulangkaji seandainya belum habis mengulangkaji.

·         Selepas peperiksaan SPM ibu bapa yang berkemampuan akan menghantar anak-anak mereka ke bandar raya besar seperti Kuala Lumpur untuk meneruskan pelajaran.

·         Sewaktu cuti sekolah terutamanya pada bulan November dan Disember pelajar boleh membuat jadual untuk meluangkan masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti belajar.

  • Semua kakitangan sekolah dan para pelajar perlulah berkerjasama supaya sasaran peperiksaan PMR dan SPM dapat dipertingkatkan lagi. Ini kerana taget negeri Perak bagi tahun ini adalah mencapai tempat ke tujuh dan pada tahun 2011 harapannya adalah untuk berada di tempat ke lima di Malaysia.
  • Aktiviti kokurikulum adalah penting. Ini kerana markah ini akan diambil kira iaitu 10% untuk memasuki IPTA awam ataupun swasta dan hanya 90% sahaja diambil daripada akedemik.
  • Oleh yang demikian, keputusan peperiksaan yang baik bukan mencerminkan seseorang pelajar tersebut telah berjaya.


  • Sewaktu beliau berkhidmat di sekolah ini beliau hendak semua pelajar mematuhi peraturan sekolah seperti memasukkan baju sekolah ke dalam seluar panjang dan sebagainya.
  • Akhir kata beliau meminta semua pihak berkerjasama untuk memajukan lagi sekolah SMJK Dindings.




Post a Comment 发表评论


Please [login] to post comment