Berita & Peristiwa 新闻与事件 - Berita Sekolah 学校新闻

A+ A- Reset
 

SM SUNG SIEW (CF) - PROGRAM SPRINGBOARD CHALLENGE 2023 瀚亚财跃挑战
19 Aug 2023 School Admin - SMJK SUNG SIEW (SABAH, SANDAKAN) Di Bawah Fail 文件存於 SPRINGBOARD


瀚亚投资与双修中学携手刷新山打根财务素养记录

 

Program Springboard Challenge 2023 telah diadakan di Pusat Aktiviti Murid SM Sung Siew pada jam 10AM hingga 3PM, 17 Ogos 2023, anjuran bersama Eastspring Investments Berhad merupakan program pendidikan literasi kewangan yang julung-julung kali diadakan di negeri Sabah.  Program ini telah mencatatkan kehadiran yang sangat tinggi dengan seramai 235 orang murid yang melibatkan ahli-ahli Kelab STEM, ahli-ahli Kelab Pengguna & Kewangan, dan murid-murid kelas 3A, 3B, 4C, 4F.

《瀚亚财跃挑战》(The Springboard Challenge)于2023817日上午10点至下午3点在SM Sung Siew学生活动中心举行。此次活动由瀚亚投资有限公司协办,是沙巴州首次举办的金融知识教育计划。活动的出席人数刷新了中学生参与人数记录,全校共有235名学生参加,其中包括STEM社团成员、消费金融社团成员以及3A3B4C4F班的学生。

 

Program Springboard Challenge 2023 merupakan satu program pendidikan literasi kewangan yang bertujuan untuk meningkatkan tahap literasi kewangan dan pendidikan pelaburan dalam kalangan murid-murid berumur 14 hingga 17 tahun.  Program ini berformatkan bengkel terbuka yang melibatkan murid-murid mempelajari pengurusan kewangan dan pelaburan yang asas dalam bentuk permainan papan (boardgame).

《瀚亚财跃挑战》是瀚亚投资专属推出的财务素养计划。《瀚亚财跃挑战》开放予年龄介于14 17 岁的中学生参与,旨在提升年轻群体的财务素养和投资知识水平。此项计划包含一个开放式工作坊并融入桌游,以帮助参与者掌握基础的资金管理和投资知识。学生可透过此项桌游挑战模拟现实生活中的财务情景和决策,并将在全国竞赛中一较高低。

 

Program Springboard Challenge 2023 dapat memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan pengurusan kewangan dan pelaburan yang asas.  Selain itu, program ini memberi satu kaedah pembelajaran alternatif yang menyeronokkan bagi murid-murid dalam mempelajari literasi kewangan.

《瀚亚财跃挑战》可以让学生认识到基本财务和投资管理的重要性。此外,该项目还提供了另一种学习方法,让学生在学习金融知识时充满乐趣。

 



Carian 搜索

Tarikh Bermula 开始日期 :
Tarikh Berakhir 结束日期 :
Berita & Peristiwa 新闻与事件 : Berita Sekolah 学校新闻  Berita Kokurikulum 活动新闻   Kalender Peristiwa 行事历 
 
Poskan Komen 发表评论

Penulis 作者 :
E-mel 电邮 :
Perkataan Anti-Spam 验证码:
Komen 评论 :