Berita & Peristiwa 新闻与事件 - Berita Sekolah 学校新闻

A+ A- Reset
 

SM SUNG SIEW (CF) - MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KARNIVAL KEMAHIRAN DIGITAL KPM SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH SANDAKAN 2023
04 Aug 2023 School Admin - SMJK SUNG SIEW (SABAH, SANDAKAN) 


MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KARNIVAL KEMAHIRAN DIGITAL KPM SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH SANDAKAN 2023
 
Majlis Perasmian Penutupan Karnival Kemahiran Digital KPM Sekolah Menengah Peringkat Daerah Sandakan 2023 telah berlangsung pada 4 Ogos 2023 (Jumaat) bertempat di astaka Sekolah Menengah Sung Siew (CF). Tuan Rosman Haji Idris, Timbalan PPD, Sektor Pembangunan Murid mewakili Puan Hajah Munah binti Haji Nasri, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan telah merasmikan majlis ini. Kehadiran ahli Lembaga Pengurusan Sekolah dan pengerusi PIBG juga telah memeriahkan lagi majlis tersebut.
 
Pemenang Johan dan Naib Johan bagi setiap kategori pertandingan juga mempamerkan hasil produk mereka.
 
Karnival Kemahiran Digital Sekolah Menengah Peringkat Daerah Sandakan merangkumi 5 jenis pertandingan iaitu Pertandingan Kuiz Kemahiran Digital, Pertandingan STEMPreneur, Pertandingan Poster Saintifik, Pertandingan Gami-Code dan Pertandingan Junior Animation Challenge.
 
Objektif utama karnival ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepentingan kemahiran digital dalam kehidupan seharian dan dunia perniagaan. Selain itu, mempromosikan pembelajaran teknologi digital dan memberikan peluang untuk mempelajari kemahiran digital melalui pertandingan.
 
15 buah sekolah terlibat dalam pertandingan karnival dan jumlah penyertaan selama 471 orang. Berikut adalah senarai para pemenang mengikut kategori pertandingan.
Tuan Rosman Haji Idris, ketika membaca teks ucapan Puan Hajah Munah, menekankan penglibatan murid dalam aktiviti peringkat daerah seperti Karnival Kemahiran Digital kerana ini sebenarnya menunjukkan kemenjadian murid kita. Selain itu, beliau turut merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas penglibatan sekolah-sekolah dalam karnival ini dan atas kemenangan para peserta dalam pertandingan yang dianjurkan. (T04)


Carian 搜索

Tarikh Bermula 开始日期 :
Tarikh Berakhir 结束日期 :
Berita & Peristiwa 新闻与事件 : Berita Sekolah 学校新闻  Berita Kokurikulum 活动新闻   Kalender Peristiwa 行事历 
 
Poskan Komen 发表评论

Penulis 作者 :
E-mel 电邮 :
Perkataan Anti-Spam 验证码:
Komen 评论 :