Berita & Peristiwa 新闻与事件 - Berita Sekolah 学校新闻

A+ A- Reset
 

BENGKEL ASAS ARDUINO GURU 【教师工作坊圆满结束】
23 Jan 2022 School Admin - SMJK SUNG SIEW (SABAH, SANDAKAN) 


校方感谢大家的出席,也让参与者收获满满。Bengkel Asas Arduino telah dilaksanakan pada 15 dan 22 Januari 2022 bersamaan hari Sabtu. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan penggunaan asas arduino tentang coding dan aplikasi dalam projek kepada para guru melalui pendekatan hands-on dan penerokaan terbuka. Pendekatan ini menyeronokkan dan menarik mereka untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam pengajaran dan pembelajaran atau kehidupan harian. 
 
Bengkel ini telah disertai 19 orang guru daripada Bidang Teknik & Vokasional dan Bidang Sains & Matematik. Terima kasih kepada Tuan Pengetua, Encik Kwok Chee Yen,  Penolong Kanan Pentadbiran,  Puan Melinda dan Penolong Kanan Kokurikulum, Cik Loo Jew Ing atas sokongan dan dorongan. Tidak dilupa penyelaras program iaitu Puan Lee Fung Chuen dan Puan Chin Lee Lin atas usaha melaksanakan program ini dan terima kasih juga kepada jurulatih bengkel ini iaitu Puan Sarah Safarina. Diharapkan program seperti ini akan terus dilaksanakan pada masa akan datang.
 
Sekian,  terima kasih.
 
Sumber: EMMA SAFWANAH BINTI SAHIRIN
(L01)


Carian 搜索

Tarikh Bermula 开始日期 :
Tarikh Berakhir 结束日期 :
Berita & Peristiwa 新闻与事件 : Berita Sekolah 学校新闻  Berita Kokurikulum 活动新闻   Kalender Peristiwa 行事历 
 
Poskan Komen 发表评论

Penulis 作者 :
E-mel 电邮 :
Perkataan Anti-Spam 验证码:
Komen 评论 :