Dua orang pelajar dari SM Sung Siew menerima hadiah dan sijil penghargaan sebagai pemenang tertinggi dalam Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi STEM Daerah Sandakan 2021 pada hari ini. Mereka telah bertanding dalam kategori Sekolah Menengah dengan Cabaran STEM - “Mini Chiller Box”. Advenne Matthew Chang (1C) memperoleh tempat pertama manakala Cassandra Chiang Wing Wei (3B) mendapat tempat kedua. Terima kasih kepada guru pembimbing Puan Chin Lee Lin (1C) dan Puan Mexlyn Floriany Adnan (3B). (L01)