Pada 25 Jun 2020, Yang Berhormat Datuk Dr. Yusof Bin Yacob, Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri Sabah dan rombongannya telah mengadakan lawatan kerja ke SMJK Chung Hwa Tenom. Turut hadir bersama ialah Encik Mohd Ridhuan Bin Yusof, Pegawai Pendidikan Daerah Tenom dan pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Tenom, Encik Ng Tet Hau, Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) dan Ahli-ahli LPS. YB Datuk Dr. Yusof Bin Yacob telah mengadakan lawatan ke kelas Tingkatan 5 dan Tenom Innovation Centre (TIC). Seterusnya diadakan gimik penyampaian bantuan Kerajaan Negeri Sabah iaitu bantuan pelitup muka dan hand sanitizer oleh YB Datuk Dr. Yusof Bin Yacob kepada Encik Kwok Chee Yen, Pengetua SMJK Chung Hwa Tenom di Dewan Terbuka SMJK Chung Hwa Tenom.
本州教育及革新部长拿督尤索耶谷工作拜访本校。一行人在县教育局官员及董事部的陪同下,巡视了中五生上课情形,并参观设立在本校的丹南创新中心。较后,部长代表州政府赠送防疫口罩及消毒洗手液于本校,惠及全校师生。