SMK KUCHING HIGH
古晋高级国民型中学

公毅诚朴
 
Berita & Peristiwa 新闻与事件
Berita Sekolah 学校新闻
A+ A- Reset
Sekolah conforming buat pilihan tepat
07 Oct 2009 School Admin 

Sekolah conforming buat pilihan tepat

KUCHING 6 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebanyak 78 buah sekolah conforming di negara ini telah membuat pilihan tepat dengan menyertai sistem pendidikan kebangsaan dan mengguna pakai kurikulum kebangsaan dalam sistem pembelajaran mereka.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pada hari ini sekolah conforming atau pada asalnya merupakan sekolah persendirian Cina telah mencapai prestasi yang amat baik sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.

Malah menurutnya, sekolah berkenaan turut tidak terkecuali menerima pelbagai bentuk bantuan dan kemudahan termasuk geran perkapita daripada kerajaan untuk kegunaan pembelajaran, gaji guru dan perbelanjaan mengurus sekolah.

''Sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM3.1 juta kepada sekolah conforming di seluruh negara berbanding RM75,000 dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8).

''Peruntukan yang disalurkan kepada sekolah-sekolah ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk menyediakan akses dan kualiti pendidikan terbaik kepada murid-murid yang mengikuti pembelajaran di sekolah yang berada dalam sistem pendidikan kebangsaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Pecah Tanah Pembinaan Blok Baru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuching High di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam dan Tan Sri Alfred Jabu Numpang serta menteri-menteri Kabinet Negeri.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, setiap sekolah yang berada dalam sistem pendidikan kebangsaan di negara ini menggalas tugas dan amanah yang besar bukan sahaja untuk mencapai kecemerlangan pendidikan tetapi juga memupuk perpaduan di kalangan murid-murid pelbagai latar belakang kaum dan agama.

Jelas beliau, dasar pendidikan kebangsaan di negara ini memberi penekanan kepada pembentukan masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan pada masa yang sama mengutamakan akses, ekuiti dan kualiti dalam pendidikan termasuk kecekapan dalam pengurusan pendidikan.

''Kita berharap sekolah-sekolah yang berada dalam sistem pendidikan kebangsaan dapat melaksanakan yang terbaik untuk mencapai hasrat dan cita-cita dasar pendidikan kebangsaan," katanya.

 

(utusan malaysia 07/10/2009)






Carian 搜索


Tarikh Bermula 开始日期 :
Tarikh Berakhir 结束日期 :
Berita & Peristiwa 新闻与事件 : Berita Sekolah 学校新闻  Berita Kokurikulum 活动新闻   Kalender Peristiwa 行事历 
 
Poskan Komen 发表评论


Please [login] to post comment

© Hakcipta 版权 2006-2024 Semua hakcipta terpelihara 版权所有
Templat Direka Oleh 模块设计者 Free Website Templates