SMK KUCHING HIGH
古晋高级国民型中学

公毅诚朴
 
Berita & Peristiwa 新闻与事件
Berita Sekolah 学校新闻
A+ A- Reset
Kementerian Pelajaran memberi jaminan membantu SMK Kuching High
07 Oct 2009 School Admin 
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika berucap pada majlis pecah tanah pembinaan blok bangunan baru SMK Kuching High bernilai RM6.4 juta di sini, semalam.

Mengenai SMK Kuching High, Muhyiddin berkata, sekolah berkenaan membuktikan kejayaan sistem pendidikan kebangsaan walaupun sejarah sekolah itu bermula sebagai sekolah persendirian Cina.

Beliau berkata, SMK Kuching High adalah sekolah yang pada asalnya sekolah persendirian Cina yang bersetuju mengikuti sistem pendidikan kebangsaan dan mengguna pakai kurikulum kebangsaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.

"Dengan menyertai sistem pendidikan kebangsaan, sekolah ini mendapat banyak manfaat dari segi bantuan yang diberikan kerajaan untuk pembangunan akademik dan kurikulum," katanya.

Selain peruntukan RM1.5 juta yang diberikan semalam, Kementerian Pelajaran juga memberi jaminan akan membantu menambah peruntukan pembinaan blok berkenaan berdasarkan kaedah geran sepadan bagi membantu pihak pengurusan sekolah yang kini kekurangan RM2.1 juta.

(petikan berita "Infrastruktur sekolah luar bandar Sarawak dipertingkat" berita harian 07/10/2009)






Carian 搜索


Tarikh Bermula 开始日期 :
Tarikh Berakhir 结束日期 :
Berita & Peristiwa 新闻与事件 : Berita Sekolah 学校新闻  Berita Kokurikulum 活动新闻   Kalender Peristiwa 行事历 
 
Poskan Komen 发表评论


Please [login] to post comment

© Hakcipta 版权 2006-2024 Semua hakcipta terpelihara 版权所有
Templat Direka Oleh 模块设计者 Free Website Templates