SMJK KWANG HUA

巴生光华国民型华文中学
诚 勤 俭 毅


新闻与事件 News and Events - 学校新闻 School News

A+ A- Reset

Juara lagi - Pesta Sukan Kolej Inti 2003
28 Jun 2003  

Pada 28hb Jun 2003, SMJK Kwang Hua telah mengambil bahagian dalam Pesta Sukan Kolej Inti yang diadakan di Kolej Inti Malaysia, Nilai Negeri Sembilan. Sebanyak 22 buah sekolah menengah dari Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan telah mengambil bahagian dalam sukan tersebut. Sekali lagi, SMJK Kwang Hua telah muncul sebagai johan keseluruhan dalam pesta sukan tersebut. Para pemenang dihadiahkan pingat-pingat. Di samping itu, pihak sekolah juga telah dihadiahkan piala pusingan serta satu set komputer dengan multimedia bernilai RM2000. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang dan para guru yang sentiasa memberi sokongan. Diharapkan pada tahun hadapan, kejuaraan ini dapat dikekalkan dan piala pusingan akan menjadi milik SMJK Kwang Hua. Pada tahun ini, SMJK Kwang Hua telah mengambil bahagian dalam semua acara yang diadakan : Ping Pong, Renang, B. Keranjang, B.Tampar dan Street Soccer. Pencapaian Kwang Hua adalah seperti berikut : Acara Ping Pong - Johan (L & P) Street Soccer - Tempat Ketiga Kwang Hua Boleh !!!

 





搜索 Search

开始日期 Start Date :
结束日期 End Date :
新闻与事件 News and Events : 学校新闻 School News  活动新闻 Co-curriculum News   行事历 Event Calendar 
 
 
发表评论 Post a Comment


Please [login] to post comment