SMJK KWANG HUA

巴生光华国民型华文中学
诚 勤 俭 毅


新闻与事件 News and Events - 学校新闻 School News

A+ A- Reset

Prefectorial Board Annual Gathering 2004
26 Apr 2004  

MAJLIS TAHUNAN 2004 LEMBAGA PENGAWAS SMJK KWANG HUA ***************************************** Majlis Tahunan 2004 anjuran Lembaga Pengawas SMJK Kwang Hua telah diadakan pada 24 April 2004 di dewan sekolah. Seramai 183 orang pengawas sekolah-sekolah lain dan 60 orang pengawas SMJK Kwang Hua telah menghadiri majlis ini. Majlis ini bermula pada pukul 8.45 pagi dengan ketibaan tetamu-tetamu khas dan ‘roll-call” di mana nama-nama sekolah yang hadir telah dipanggil. Selepas itu , Pengerusi majlis, saudara Heng Wei Khang , Ketua Pengawas ,saudari Ida Ang ,dan Penyelia Petang ,Pn Low Lai Khun telah memberi ucapan.Saudara Heng telah berucap tentang tema majlis ini, iaitu “Prefruor.Decerpo.Relaxo” yang bermaksud “Gather. Enjoy .Relax”dalam bahasa Latin. Dalam ucapannya, Ketua Pengawas Ida Ang telah berterima kasih terhadap Tuan Pengetua En Chua yang tidak dapat menghadiri majlis ini atas sokongan dan bantuan beliau terhadap Lembaga Pengawas selama ini.Penyelia Petang Pn.Low menjelaskan bahawa disamping bergembira, para pengawas dapat bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain sepanjang majlis ini. Seterusnya,gambar-gambar Lembaga Pengawas SMJK Kwang Hua telah ditayangkan melalui projector. Semasa Majlis Perasmian , Pn Low diiringi oleh Ketua Guru Disiplin En. K. Santhiramogan dan saudara Heng telah dijemput naik ke pentas untuk merasmikan majlis ini. Suis telah ditekan oleh mereka untuk menyalakan lampu-lampu di sekitar dinding pentas. Kemudian, pelbagai persembahan telah ditunjukkan. Antara persembahan-persembahan pada hari itu ialah tarian Latin, pertunjukkan piano dan violin, drama , tarian moden ,dan ‘storm’.Selepas itu, cenderamata diedarkan kepada tetamu-tetamu khas oleh Pengerusi majlis ,saudara Heng .Tetamu-tetamu khas kemudiannya dijemput turun ke kantin untuk menjamu selera manakala para pengawas telah diberi peluang untuk saling berkenalan menlalui acara’ice-breaking’. Para pengawas juga telah dijemput turun ke kantin untuk jamuan selepas itu. Pada pukul 11.00 pagi acara permainan dijalankan dan ia telah berlangsung selama 1 jam. Cenderamata telah diedarkan kepada wakil-wakil sekolah yang hadir. Semua pengawas SMJK Kwang Hua kemudiannya naik ke pentas untuk menyanyikan sebuah lagu bertajuk “How Did I Say Goodbye To You”.Selepas ini sesi foto diadakan dan Majlis Tahunan 2004 berakhir pada pukul 12.30 tengah hari. Disediakan oleh, Amanda Ong Ching Hui Setiausaha,Majlis Tahunan 2004, Lembaga Pengawas,SMJK Kwang Hua

 





搜索 Search

开始日期 Start Date :
结束日期 End Date :
新闻与事件 News and Events : 学校新闻 School News  活动新闻 Co-curriculum News   行事历 Event Calendar 
 
 
发表评论 Post a Comment


Please [login] to post comment