SMJK CHONG HWA KUALA LUMPUR

吉隆坡中华国民型华文中学



News and Events 新闻与事件 - Co-curriculum News 活动新闻

A+ A- Reset

PERTANDINGAN NATIONAL ICT SECURITY DISCOURCE: CYBERSAFETM CHALLENGE TROPHY (NICTSED) 2021 SECARA WACANA MAYA
02 Jun 2021 School Admin - SMJK CHONG HWA KUALA LUMPUR 

Attachment 附件:

PERTANDINGAN NATIONAL ICT SECURITY DISCOURCE: CYBERSAFETM CHALLENGE TROPHY (NICTSED) 2021 SECARA WACANA MAYA

 

PERTANDINGAN NATIONAL ICT SECURITY DISCOURCE: CYBERSAFETM CHALLENGE TROPHY (NICTSED) 2021 SECARA WACANA MAYA

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia (CSM) akan melaksanakan Pertandingan National ICT Security Discourse: CyberSAFETM Challenge Trophy (NICTSeD 2021) secara maya.

 

3.        Sehubungan dengan itu, semua sekolah menengah WP Kuala Lumpur adalah dijemput untuk menyertai NICTSeD 2021 (Virtual Discourse). Maklumat lanjut mengenai NICTSeD 2021 (Virtual Discourse) boleh diakses melalui DELIMa KPM di bahagian aktiviti murid. Pendaftaran penyertaan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan http://www.cybersafe.my/nictsed. 

 

4.         Bersama-sama ini dilampirkan surat yang jelas menerangkan maksudnya untuk perhatian dan tindakan pihak YBhg. Datin/tuan/puan selanjutnya. Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datin/tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian,

 

"PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19" 

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

            DZURAIDI

 

MOHD DZURAIDI BIN ABU TALIB

Penolong Pengarah

Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Bandar Seri Permaisuri

56000 Kuala Lumpur

Tel     :03-91710218

Faks   :03-91710233

emel  :[email protected]


 





Search 搜索

Start Date 开始日期 :
End Date 结束日期 :
News and Events 新闻与事件 : School News 学校新闻  Co-curriculum News 活动新闻   Event Calendar 行事历 
 
 
Post a Comment 发表评论


Please [login] to post comment