SMJK CHONG HWA KUALA LUMPUR

吉隆坡中华国民型华文中学



News and Events 新闻与事件 - School News 学校新闻

A+ A- Reset

PERTANDINGAN VIRTUAL INTERNATIONAL LANGUAGE COMPETITION (VILC) 2021
02 Jun 2021 School Admin - SMJK CHONG HWA KUALA LUMPUR 

Attachment 附件:

PERTANDINGAN VIRTUAL INTERNATIONAL LANGUAGE COMPETITION (VILC) 2021

 

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk dan surat dari Universiti Teknologi MARA, Cawangan Johor, Kampus Segamat dalam 100-UiTMJ (HEA/APB.14/3/5) (13)  bertarikh 23 Mei 2021 adalah berkaitan.

 

 

2.   Dimaklumkan bahawa Universiti Teknologi MARA, Cawangan Johor, Kampus Segamat akan mengadakan pertandingan tersebut di atas secara dalam talian bermula 1 Jun hingga 4 November 2021 (tertakluk kepada perubahan) untuk murid-murid sekolah menengah yang berminat. Antara tujuan pertandingan tersebut diadakan adalah untuk mencungkil dan mengembangkan bakat murid-murid di dalam empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Arab serta memperkasakan budaya intelek dalam kalangan mereka. 

 

3.   Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan/puan selaku Ketua Jabatan adalah dimohon untuk menggalakkan murid-murid dari sekolah tuan/puan untuk menyertai pertandingan tersebut yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

 

 

NO.

BUTIRAN

TARIKH

1

Tempoh promosi

1 Jun – 14 September 2021

2

Tempoh pertandingan

15 September – 15 Oktober 2021

3

Tarikh Penilaian

16 Oktober – 25 Oktober 2021

4

Pengumuman Pemenang & Majlis Penutup

4 November 2021

 

4.   Turut disertakan bersama-sama ini surat berkenaan pertandingan yang jelas menerangkan maksudnya untuk makluman dan tindakan tuan. Turut dimaklumkan bahawa kos penyertaan atau sebarang perbelanjaan berhubung pertandingan tersebut adalah di bawah tanggungan pihak sekolah/murid. Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini, sila hubungi pihak urus setia pertandingan, Cik Siti Zarikh Sofiah Binti Abu Bakar di talian 011 10583862 

 

5.         Atas perhatian dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai. 

 Sekian, terima kasih.

 

”PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

 

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

(MAIHANIZA BINTI AB. GHANI)

Unit Pengurusan Bakat Murid
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan
KUALA LUMPUR 

 





Search 搜索

Start Date 开始日期 :
End Date 结束日期 :
News and Events 新闻与事件 : School News 学校新闻  Co-curriculum News 活动新闻   Event Calendar 行事历 
 
 
Post a Comment 发表评论


Please [login] to post comment