Pada 19 Julai 2016, sekolah kita SMJK Sam Tet telah menyertai pertandingan Amali Sains sekolah-sekolah Menengah Peringkat Daerah Kinta Utara 2016. Pertandingan ini telah diadakan di SMK Gunung Rapat, bermula dari pukul 8.00pagi hingga 1.00 petang. Dalam pertandingan ini, peserta-peserta haruslah menjalani eksperimen sains dan menyiapkan soalan-soalan yang telah diberikan. Wakil-wakil pasukan sekolah kita, Lam Weng Chung dan Low Chin Boon, yang diiringi oleh Puan Lee Siew Lean telah berjaya mendapat kejohanan dalam pertandingan tersebut.
Resourcer: Low Chin Boon