Tarikh :07.11.2007
Tempat : Dewan Mother Pauline
Masa : 9.00pagi-12.30tengah hari
Rombongan SMJK Yok Bin tiba pada pukul 9pagi. Majlis telah dimulakan dengan nyanyian "Negaraku".Acaranya seterusnya ialah lawatan SMJK Yok Bin di sekeliling kawasan sekolah AMC. Para pengawas telah dibahagikan kepada lapan orang dalam satu kumpulan. Lawatan telah diiringi oleh Lembaga pengawas sekolah AMC.Selepas itu,para pengawas telah masuk ke Dewan Mother Pauline untuk sesi penukaran idea. Sesi penukaran idea bertujuan berkongsi pengalaman dan mendapat rujukan daripada sekolah lain supaya dapat menguruskan hal-hal lembaga pengawas dengan lebih baik kelak.