SMJK AVE MARIA CONVENT

圣母玛利亚国民型中学

SMJK AVE MARIA CONVENT


About Us - School History 学校历史

A+ A- Reset

1938 : Sekolah Ave Maria Convent yang dikenali dengan nama Sekolah Convent Cina telah didirikan di Pusat Katolik di Jalan Sultan Idris, Ipoh. Sekolah ini ditubuhkan oleh pengasasnya, Reverend Morther Pauline Legrix (1899-1988) untuk menawarkan peluang pelajaran (khasnya pelajaran Cina) kepada murid-murid perempuan. 1945 : Selepas Perang Dunia Kedua, Rev Mother Pauline membangunkan semula sekolah ini dengan nama baru 'Convent Teik Siew' yang bererti 'Convent Pendidikan Akhlak'. Sekolah ini menduduki sebahagian daripada bangunan Convent of the Holy Infant Jesus di Jalan Sultan Idris, Ipoh. 1948 : Apabila bilangan murid bertambah, sekolah ini terpaksa dipindahkan ke kawasan baru di Jalan Chung Thye Phin. Sekolah baru ini yang dinamakan 'Sekolah Ave Maria Convent' dimulakan dengan 12 buah bilik darjah iaitu darjah satu hingga darjah enam. Sister Thomas Foo dilantik sebagai Guru Besar pertamanya. 1950 : Sekolah Menengah Rendah dimulakan dengan 16 orang murid. 1952 : Kumpulan pertama murid menduduki Peperiksaan Kerajaan 'Junior Middle Three' dalam Bahasa Cina. 1957 : Sekolah ini berubah darpada sebuah sekolah mubaligh menjadi sekolah bantuan penuh kerajaan. 1962 : Sebuah kolam renang dibina dengan wang kutipan daripada satu Pesta Ria. 1963 : Pembinaan satu blok tiga tingkat yang terdiri daripada 10 buah bilik darjah, sebuah perpustakaan, 2 makmal sains dan sebuah kantin. Sebuah pagar yang mengelilingi kawasan sekolah juga dibina. Pembukaan blok baru ini dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran Tan Sri Abdul Hamid Khan. 1965 : Perluasan bangunan dijalankan dengan membina 2 buah bilik darjah dan sebuah bilik Sains Rumahtangga di atas tingkat kantin. 1966 : Sebuah bilik Seni Lukis dan sebuah lagi bilik Sains Rumahtangga ditambah di atas tingkat kantin. 1971 : Kantin diperbesar. 1975 : Fasa Ketiga perkembangan sekolah dilaksanakan dengan pembinaan satu blok bangunan 2 tingkat yang mengandungi 2 buah Makmal dan sebuah Perpustakaan. Blok ini direstukan oleh Bishop Gregory Yong. 1979 : Bangsal Serbaguna dan juga jalan yang menyambungkan blok Perpustakaan dengan Kantin dibina. 1983 : Fasa Keempat perkembangan dilaksanakan dengan pembinaan blok baru 3 tingkat yang terdiri daripada 11 bilik darjah. Sebuah bilik Guru, sebuah bilik Sembahyang , sebuah bilik Bimbingan dan Kaunseling, sebuiah Makmal, sebuah bilik serbaguna dan 15 buah tandas. Kerja perluasan juga dijalankan ke atas Pejabat Sekolah, Pejabat Pengetua dan Penolong Kanan, bilik Guru dan Pusat Sumber Sekolah. Perasmian blok baru ini dilakukan oleh Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah, Dato' Chin Pek Soo, JP. 1992 : Blok Perpustakaan disambungkan ke blok Kantin untuk membina 2 buah bilik Kemahiran Hidup. 1995 : Dewan Dato' Chin Pek Soo dibina. 1998 : Sebuah bilik darjah diubahsuai untuk menjadi Makmal. 2001 : Memperbaiki 36 unit tandas pelajar. 2002 : Bilik Gerakan dibesarkan. Sebuah bilik darjah diubah suai menjadi bilik muzik. 2004 : Penghawa dingin dipasang dalam Dewan Mother Pauline. 2005 : Kolam renang, gimnasium, bilik guru, makmal komputer, chapel, kantin telah diubah suai. Sebuah klinik AMC telah diwujudkan. 2006 : " Cooling Fan system " telah dipasang dan laluan ilmu diwujudkan serta awning dibina. School Management System ( E-administration ) diwujudkan. Inter dan Intra networking serta akses tanpa wayar diwujudkan. 2007 : Mengubah suai lantai bilik guru. Menyediakan laluan berbumbung dari Dewan Dato' Chin Pek Soo ke Dewan MPH. Menyimen semula lantai koridor blok tingkatan 3. 2008 : Menambah rak buku di pusat sumber. Mengubah suai tandas murid di blok tingkatan 4. Mengubah suai tandas guru. 2009 : Bilik Pancaragam dibesarkan. Membina pondok pengawal. Mengubah suai bilik darjah kepada bilik akses di blok tingkatan 4. Melengkapkan networking fibre optic dari server ( schoolnet) di Pusat Sumber ke bilik komputer dan bilik akses ( Projek dibiayai oleh kerajaan ). Membaiki bumbung Dewan Mother Pauline dan tingkap makmal Biologi. Tingkap lama telah diganti dengan tingkap aluminimum di seluruh sekolah. Memasang 4 CCTV dan monitor.