MERENTAS DESA 2014
Aktiviti merentas desa SMJK Ave Maria Convent telah dijalankan pada 22 Februari 2014. Semua pelajar beserta guru termasuk ibu bapa telah menjayakan larian ini. Para pelajar telah dibahagi kepada tiga kelas iaitu :
a) Kelas 1 : pelajar tingkatan 4 & 5
b) Kelas 2 : pelajar tingkatan 3
c) Kelas 3 : pelajar tingkatan peralihan, 1 dan 2
Selain itu, guru dan ibu bapa juga turut memeriahkan acara dengan turut sama berlari merentas desa bersama para pelajar.
Pelajar yang mendapat tempat pertama sehingga 40 akan menyumbang markah untuk rumah sukan masing-masing.