新闻与事件 News and Events - 学校新闻 School News

A+ A- Reset
 

Pelancaran Hari Koperasi Sekolah
09 Jul 2009 School Admin - SMJK PHOR TAY (PENANG, GEORGETOWN) 


 

Pelancaran Hari Koperasi Sekolah

22 Jun 2009

 

Perayaan Hari Koperasi Sekolah (HKS) telah mula disambut sejak tahun 1995 dan tahun ini merupakan tahun ketiga HKS disambut di peringkat sekolah dengan pelbagai aktiviti berdasarkan garis panduan yang disediakan. Sambutan ini diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jatidiri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi.

Tahun 2009 merupakan tahun keempat, HKS di sambut di peringkat sekolah dan pada tahun lalu (2008), sambutan daripada warga sekolah dan masyarakat setempat amat menggalakkan. Koperasi sekolah telah berjaya memainkan peranan sebagai satu entiti penting di sebuah sekolah dalam usaha menyemai nilai-nilai koperasi di kalangan anggota.

 

 

Semangat Koperasi

Kami sedia membantu
Kerana cintakan bangsa
Bekerja capai mutu
Berdikari motto utama

Ilmu seumur hidup serta amanah
Hapuskan sistem penjajah
Rintangan dalam sejarah

Kami sedia membantu
Kerana cintakan bangsa
Bekerja capai mutu
Berdikari motto utama

Ilmu seumur hidup serta amanah
Hapuskan sistem penjajah
Rintangan dalam sejarah

Jiwa demokrasi
Keupayaan koporasi
Jangan harap subsidi
Berdiri di atas kaki sendiri

Kuatkan semangat
Bangunkanlah jiwa yang hebat
Bersatu demi rakyat
Hidup dalam muafakat

Wawasan 2020
Kita tidak akan mengeluh
Bersedia berstrategi
Menentukan nasib sendiri

 

 



搜索 Search

开始日期 Start Date :
结束日期 End Date :
新闻与事件 News and Events : 学校新闻 School News  活动新闻 Co-curriculum News   行事历 Event Calendar 
 
发表评论 Post a Comment


Please [login] to post comment