Sekolah telah mengadakan Program Gotong Royong Perdana pada 24 Oktober 2011. Program ini bertujuan untuk menyemai semangat mencintai sekolah dalam kalangan warga sekolah dan membina persekitaran yang kondusif untuk belajar. Program ini bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 10.30 pagi. Semua warga sekolah telah menjalankan tugas masing-masing dalam kumpulan kecil dengan penuh tanggungjawab. Segalanya berjalan dengan lancar.