新闻与事件 News and Events - 学校新闻 School News

A+ A- Reset
 

Perasmian Minggu Alam Sekitar 2011
23 Oct 2011 School Admin - SMJK PHOR TAY (PENANG, GEORGETOWN) 


 

Perasmian Minggu Alam Sekitar 2011

Anjuran

:    Panitia Pendidikan Moral dengan kerjasama Kelab Pencinta Alam

Tarikh

:    26 Julai 2011

Masa

:    7.25 pagi hingga 8.05 pagi

Tempat

:    Dewan SMJK Phor Tay

 

 

Ucapan Perasmian Minggu Alam Sekitar oleh Tuan Pengetua

 

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas kepada Kelab Pencinta Alam Sekitar dan Panitia Pendidikan Moral atas usahasama menganjurkan Minggu Alam Sekitar.  Program sebegini memang dialu-alukan oleh pihak sekolah memandangkan program ini selaras dengan hasrat kerajaan dalam menerap nilai cinta akan alam sekitar  dan meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab menjaga alam sekitar dalam kalangan pelajar.

 

            Kita sedia maklum bahawa isu alam sekitar sudah menjadi isu universal dan semua pihak harus berperanan untuk menanganinya.  Bencana alam , kebakaran hutan, hakisan tanah, jerebu dan yang paling menonjol dewasa ini ialah isu perubahan iklim atau climate change  yang akan terus menjadi hambatan kehidupan di seluruh dunia.

 

            Dengan adanya Minggu Alam Sekitar  ini, pelajar akan sekurang-kurangnya membaca maklumat , melayari internet untuk mengetahui isu-isu alam sekitar, mendengar info serta menyaksikan gambar-gambar yang mencerminkan suasana yang menimpa alam pada masa ini. Antara program yang akan diadakan sepanjang Minggu Alam Sekitar ini adalah seperti pertandingan kuiz, pertandingan melukis poster, persembahan powerpoint, info alam sekitar melalui siaraya dan pameran. Saya berharap agar pelajar-pelajar akan mengambil bahagian dengan bersungguh-sungguh dalam program tersebut . Keterlibatan pelajar dalam semua program tersebut mencerminkan komitmen kita semua bagi melahirkan golongan pelajar yang akan sentiasa prihatin terhadap alam sekitar.

 

            Saya percaya bahawa program seumpama ini dan program kitar semula yang dianjurkan oleh pihak sekolah mampu melahirkan golongan warga Phor Tay yang bertanggungjawab atas pemeliharaan dan penjagaan alam sekitar. 

 



搜索 Search

开始日期 Start Date :
结束日期 End Date :
新闻与事件 News and Events : 学校新闻 School News  活动新闻 Co-curriculum News   行事历 Event Calendar 
 
发表评论 Post a Comment


Please [login] to post comment