News and Events 新闻与事件 - School News 学校新闻

A+ A- Reset
 

Selamat Bersara kepada Puan Cheah Chiew Lean ~ 2 Jan 2022
20 Jan 2022 School Admin - SMJK HENG EE (PENANG, GEORGETOWN) 


Kpd semua guru n AKP:
Salam sejahtera.
Hari ini adalah hari terakhir cikgu Cheah Chiew Lean bersama sama dgn kita. Cikgu Cheah akan bersara mulai 2/1/2022(Ahad).
 
💗💕🎊🎉Selamat Bersara n Happy New Year kpd cikgu Cheah CL.
 
Ucapan ribuan terima kasih & setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama, sumbangan, pengorbanan &  jasa cikgu Cheah Chiew Lean dengan sekolah SMJK Heng Ee selama ini. 
 
Cikgu Cheah CL mulai berkhidmat di Sekolah Heng Ee sejak tahun 2002. Beliau telah memberi perkhidmatan selama 20 tahun di sekolah HE.
 
Pn. Cheah CL seorang guru yg sangat komited terhadap tugas perguruan. Seorang yg prihatin kpd kemenjadian n kebajikan anak anak murid HE. 
Beliau menunjukkan tugas yg cemerlang dlm tugas yg dipertanggungjawabkan. Prihatin dlm Profesional Perguruan. Mendidik anak murid dengan penuh 
bertanggungjawab.  
 
Menjejak kaki di Bidang Pendidikan mulai 1990. 
Tamat Sijil Perguruan Asas dari Maktab Perguruan Ipoh Perak Sains n Pengajian Cina pada tahun 1990. 
Seterusnya dgn usaha gigih beliau dlm bidang pendidikan, cikgu Cheah melanjutkan Pengajian Sarjana Muda Pendidikan di USM, 
major Kimia, 
minor Ekonomi. 
Tamat kelas Pertama dari USM pada tahun 2000. 
 
🎁Cikgu Cheah pernah mengajar di SRJK Yu Chai, Kuala Kurau pada tahun 1990 - 1995
 
🎁Pernah juga berkhidmat di SRJK Chong Cheng P.P pada tahun 1995 - 2002
 
🎁Mengajar di SMJK Heng Ee mulai 2002 - 2/1/2022
 
👍Beliau telah berkorban untuk bidang pendidikan selama 31 tahun sejak 1990
 
* Pengalaman mengajarnya di 3 buah sekolah iaitu SRJK Yu Chai, SRJK Chong Cheng n
SMJK Heng Ee.
 
🎊Menjadi Guru penasihat Badan Seni Pertunjukan Kelab Pancaragam, membantu, Membimbing Pasukan Pancaragan dlm Pertunjukan Konsert Sekolah setiap tahun tanpa mengenal pernah lelah.
Sering membawa pasukan Pancaragam ke pertandingan kebangsaan di Genting Highland n terlibat dlm program benchmarks muzik dgn anak murid sekolah lain. Sumbangan beliau dlm kemenjadian anak murid amat kita hargai.
 
🎊Puan Cheah CL bertugas sebagai Ketua Penyelaras sesi Petang dlm unit peperiksaan Dalaman (EDMS) n unit Profil Rekod Pelajar. Segala data data sekolah n anak murid diuruskan dgn sistematik, terurus, n efficient.
 
🎊 Beliau berjaya membantu, menyelia serta membawa murid menggondol banyak pingat program STEM di Negeri Daerah n Sekolah. Turut menolong sekolah dalam menyelaras pen. KP akademik Sains n Kimia di sesi petang. Saya amat kagum dgn Modul modul n nota nota yg direka n dicipta khas oleh cikgu Cheah. 
 
🙏🙏🙏 Jutaan terima kasih kpd Pn.  Cheah Chiew Lean yg banyak membantu dlm kutipan dermaan kebajikan kpd Konsert PIBG sekolah setiap tahun, lawatan ke rumah orang tua n Hari Merentas Desa, Hari Kantin Sekolah dll.
 
Segala suka duka, detik detik dengan Pn. Cheah CL, segala bantuan yg cikgu hulurkan kepada saya dan pihak sekolah amat saya hargai. 
Saya dan Cikgu Cheah pernah kongsi idea PdPC / PdPR demi kepentingan sekolah n anak murid. 
Saya memang mendapat banyak tunjuk ajar n perkongsian idea yg banyak drp beliau. 
Segala bimbingan anda kpd saya n sekolah HE akan saya ingati.
 
🌸🌷Semoga Pn. Cheah CL bahagia & sihat-sihat selalu di samping keluarga tersayang. 
 
Selamat bersara!
 🙏🙏🙏 Jasa cikgu Cheah CL dalam bidang pendidikan akan dikenangi selama lamanya oleh anak anak murid n rakan sejawat serta guru guru sekolah.
 
🙏Saya wakil Pihak LPS,  PIBG n Bekas Alumni mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan anda selama ini.
 
🌹Satu majlis persaraan akan dijalankan selepas dirancang oleh pihak sekolah selepas pertimbangan atas SOP MCO 3.0 n akan mengikut arahan SOP Covid-19 KPM n KKM.
 
Happy Retirement, Puan Cheah Chiew Lean
💜💚💛💙❤️
 
Pengetua
SMJK Heng Ee
 
 
 
ReplyForward


Search 搜索

Start Date 开始日期 :
End Date 结束日期 :
News and Events 新闻与事件 : School News 学校新闻  Co-curriculum News 活动新闻   Event Calendar 行事历 
 
Post a Comment 发表评论


Please [login] to post comment