公告 Announcement

AN[2018-04] PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
24 Jan 2018 School Admin - SMJK PHOR TAY (PENANG, GEORGETOWN) 

Semua Waris Murid Tingkatan 5 dan 4,

 

Tuan/ Puan,

 

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

(Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Sains, Fizik, Biologi, Kimia, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni Visual, Prinsip Akaun, Perniagaan, Sains Komputer dan Matematik Tambahan.

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki.

 

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa murid-murid Tingkatan 5 dan 4 yang mengambil mata pelajaran - mata pelajaran tersebut  di atas diwajibkan menyiapkan komponen kerja kursus, amali, projek, modul, ujian lisan, portfolio dan persembahan bagi memenuhi syarat-syarat kelayakan lulus SPM yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.  Kesemua komponen kerja kursus ini perlu disiapkan sebelum 30 JULAI 2018 bagi Tingkatan 5, 9 NOVEMBER 2018 bagi Tingkatan 4.

     

    3.         Kegagalan calon untuk menyiapkan komponen kerja kursus akan menyebabkan calon itu kandas dalam mata pelajaran berkenaan.

     

    3          Sehubungan dengan itu, diharap tuan dapat membantu pihak sekolah untuk memastikan anak tuan/puan menyiapkan kerja kursus dalam tempoh  masa yang ditetapkan.

     

    Sekian, terima kasih.