公告 Announcement

Hari Pendaftaran GKK 2013
04 Jan 2013 School Admin - SMJK PHOR TAY (PENANG, GEORGETOWN) 

Pendaftaran  GKK 2013

Hari   : 5 Jan 2013 (Sabtu)

Masa : 8.00 pagi -10.00 pagi

  1. 5 Jan 2013(Sabtu) ialah Hari Pendaftaran GKK untuk pelajar lama, iaitu pelajar-pelajar T2, T3, T4 & T5.
  2. Pendaftaran ahli baharu dibuka untuk Kelab/Persatuan sahaja. Permohonan dibuka untuk
  3. Badan Perkhidmatan tertentu dan Pasukan Permainan Sekolah.  Semua ahli lama Badan Beruniform perlu  melengkapkan borang maklumat peribadi.  Hanya Kelab/Persatuan dan Badan Beruniform perlu kutip yuran ahli/pendaftaran sebanyak  RM1.00.
  4. Semua guru penasihat kelab/persatuan sesi pagi wajib hadir pada 5 Jan 2013.  Guru-guru Penasihat Pasukan Beruniform boleh agihkan tugas (sebanyak 2 orang) untuk hadir pada 5 Jan 2013 dan 12 Jan 2013. Guru pensihat Kelab/Persatuan sesi petang wajib hadir pada 12 Jan 2013.
  5. Semua pelajar Tingkatan 1  akan berdaftar pada 12 Jan 2013. Pelajar-pelajar Tingkatan Peralihan yang berminat sahaja perlu hadir untuk mendaftar Badan Beruniform.  Guru Tingkatan Kelas Peralihan diminta memberi penerangan kepada pelajar-pelajar Peralihan tentang perkara ini.
  6. Semua pelajar sesi pagi dan petang akan menjalankan pendaftaran untuk rumah sukan dan permainan pada 9 Jan 2013 (Rabu).  Rumah sukan pelajar telah dicatat dalam senarai nama & butir peribadi pelajar.
  7. Guru Tingkatan diminta mengutip Bahagian B borang pendaftaran/Pengesahan ibu bapa daripada pelajar dan menyediakan satu senarai semua badan GKK yang disertai pelajar.  Tarikh serahan kepada S/U KK (Pn Lau Suan Sim) ialah sebelum atau pada 18 Jan 2013 (Jumaat).
  8. Pembahagian Rumah Sukan                                                              

Pelajar-pelajar dibahagikan kepada 5 rumah sukan mengikut angka akhir pada nombor pendaftaran sekolah mereka seperti yang berikut:  

Rumah

Angka akhir nombor pendaftaran sekolah

Biru

0 dan 5

Hijau

1 dan 6

Kuning

2 dan 7

Merah

3 dan 8

Ungu

4 dan 9