公告 Announcement

Pertandingan Persembahan Powerpoint sempena Minggu Alam Sekitar 2011
12 Jul 2011 School Admin - SMJK PHOR TAY (PENANG, GEORGETOWN) 

 

Pertandingan Persembahan Powerpoint sempena Minggu Alam Sekitar 2011

•·           Pelajar-pelajar perlu menyediakan satu persembahan Powerpoint mengenai sesuatu isu alam sekitar semasa yang dipilih sendiri. 

•·           Persembahan Powerpoint yang disediakan pelajar-pelajar itu akan ditayangkan melalui TV Siaraya Sekolah di kantin.

•·           Pertandingan ini adalah secara pasukan dan setiap pasukan perlu terdiri daripada 3 orang ahli

•·           Pertandingan ini melibatkan pelajar-pelajar dari Tingkatan 3 hingga Tingkatan 5.

•·           Persembahan Powerpoint boleh dihasilkan menggunakan satu bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau Bahasa Cina.

•·           Persembahan-persembahan Powerpoint boleh mengandungi elemen-elemen multimedia: teks, grafik, audio, video dan animasi.

•·           Persembahan-persembahan mestilah hasil pelajar-pelajar sendiri tetapi boleh mengandungi grafik, audio atau video yang dimuat turun dari Internet.

•·           Sesuatu persembahan tidak boleh melebihi tempoh masa 5 minit.

•·           Persembahan Powerpoint mestilah dalam format PowerPoint 97-2003 Presentation.

•·           Tarikh tutup menghantar persembahan adalah pada 15 Julai 2011 kepada En. S. Kunasegaran / Pn. Yeoh Sik Mei.

•·           Pertandingan ini akan diadili pada hari Isnin, 20 Julai 2011.

•·           Keputusan hakim-hakim adalah muktamad.