公告 Announcement

LARANGAN MASUK KE KAWASAN SEKOLAH PADA HARI HUJAN
19 May 2011 School Admin - SMJK PHOR TAY (PENANG, GEORGETOWN) 

LARANGAN MASUK KE KAWASAN SEKOLAH PADA HARI HUJAN

 

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan melarang kereta ibu bapa masuk ke kawasan sekolah pada hari hujan mulai 16 Mei 2011.  Tindakan ini diambil untuk mengelakkan kemalangan berlaku demi keselamatan pelajar.

Menurut pengalaman lepas, sebilangan ibu bapa dan pemandu bas sekolah tidak menurut arahan pihak sekolah.  Mereka memandu masuk ke kawasan sekolah melalui Pintu  B dan mengakibatkan keadaan lalu lintas menjadi huru-hara.  Terdapat pula ibu bapa yang memandu kereta dengan cepat dan mengancam keselamatan pelajar.

Pihak sekolah berharap ibu bapa meletakkan kereta di tempat letak kereta di luar sekolah lalu berpayung ke pintu sekolah untuk menghantar atau membawa anak. Ibu bapa juga diseru untuk mengingatkan anak menyediakan payung di dalam beg sekolah.

Tindakan ini telah mendapat persetujuan sebulat suara dalam mesyuarat AJK Persatuan Ibu Bapa & Guru yang diadakan pada 6.5.2011.  Pihak sekolah mengharapkan sokongan daripada semua ibu bapa.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.