Pencapaian 成就

PHYSICS ONLINE QUIZ 【线上物理测试】
18 Aug 2023 School Admin - SMJK SUNG SIEW (SABAH, SANDAKAN) 

Keputusan Physics Online Quiz Competition 2021 Peringkat Sabah

 

      Pada 13 Oktober yang lalu, JPN Sabah telah mengadakan saringan pertama pertandingan Physics Online Quiz di bawah program Stem Online Challenge Sabah 2021. Sebanyak 1205 pelajar dari seluruh negeri Sabah menyertai pertandingan ini. 34 orang pelajar dari sekolah kita berjaya melepasi saringan pertama dan menjadi Top 300. 

     Seterusnya, saringan kedua telah diadakan pada 15 Oktober 2021 untuk memilih Top 100 yang akan mewakili negeri Sabah ke peringkat kebangsaan. 17 orang pelajar dari sekolah kita telah berjaya melayakkan diri mereka ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada 8 dan 9 November nanti. Marilah kita doakan kejayaan pelajar-pelajar berikut di peringkat kebangsaan nanti.

 

     2021年沙巴州线上物理测试比赛成绩揭晓。我校一共有17位学生将代表沙巴州参与接下来在118日与119日的国际赛。祝贺17位学生的优秀表现以及希望他们可以在国际赛中获得优异的成绩。           S06