Information 资讯 - Other 其他

A+ A- Reset
Fakta

Sekolah kami terdiri daripada 7 bangunan kelas dan sebuah stadium. Persekitaran sekolah kami ditanam dengan pelbagai pokok dan bunga yang indah. Terdapat dua buah kolam teratai buatan manusia dipenuhi dengan ikan air tawar. Sekolah kami juga mempunyai sebuah makmal komputer yang penuh dengan kelengkapan multimedia dan ruangnya adalah selesa serta dilengkapi dengan kemudahan hawa dingin dan sebuah bilik belajar kendiri.Terdapat 2 buah padang pelbagai kegunaan dan stadium untuk pelbagai aktiviti seperti perhimpunan , majlis penyampaian sijil dan hadiah , persembahan dan aktiviti lain. Sekolah kami terdiri daripada pelbagai kaum pelajar dan guru. Sekolah kami menyediakan kelas dari Kelas Peralihan ke Tingkatan Lima. Jumlah kelas ialah 34 buah. Jumlah Guru ialah 61 orang.