Membangun dan memperkembangkan potensi murid secara holistik dan menyeluruh agar wujudnya keseimbangan dari segi kognitif, emosi, rohani dan jasmani.
Membangunkan insan yang berketrampilan, bersikap positif, bermoral tinggi, berdisiplin, mempunyai daya kepimpinan dan bertanggungjawab serta berusaha untuk mewujudkan kebahagian hidup demi kesejahteraan masyarakat dan kemakmuran negara.
Membangunkan murid yang mempunyai kemahiran dan kebolehan untuk menghadapi pelbagai cabaran hidup .
Memastikan tradisi SMJK dapat dikekalkan dan ditonjolkan serta memastikan pengajaran dan pembelajaran tiga bahasa, sains dan matematik menjadi fokus penting.
Membangunkan dan menggalakkan penyertaan murid dalam kegiatan koakademik dan kokurikulum sebagai hala tuju pembelajaran utama agar SMJK menjadi suri teladan kepada sekolah lain.