今天是阳历 2024 年 05 月 21 日 星期二 农历 四月月 十四日

 

Kem Jati Diri Bermula
26/05/2007 • School Admin - SMJK CHUNG HWA (PAHANG) • SMJK CHUNG HWA 立卑中华国民型中学

Kem Jati Diri 2007 kini bermula!
 
    Seramai 63 orang peserta kem telah selamat tiba di Kem 7RRD Mentakab untuk mula menerima latihan tahan lasak selama 3 hari 2 malam oleh para jurulatih dari Kem 7RRD.
 
    Para peserta bertolak dari Kuala Lipis pada jam 12.40pm di bawah pengawasan Cikgu Zapri, Cikgu Zaid, Cikgu Loo dan Cikgu Masniza. Setiba di destinasi, para peserta dikumpulkan di Survival Village dan mengikut taklimat yang disampaikan oleh ketua jurulatih, Staff Sarjan Mohd. Radzuan.
 
     Semoga anak-anak Chung Hwa menerima cabaran dengan tabah dan gigih demi kekuatan mental & fizikal masing-masing.
 
        Ayuh, anak Chung Hwa! Perjuang habis-habisan dan lakukan yang terbaik!