今天是阳历 2024 年 04 月 30 日 星期二 农历 三月月 廿二日

 

SM SUNG SIEW (CF) PROGRAM PENGUKUHAN INSAN 2024 斋戒月活动
05/04/2024 • School Admin - SMJK SUNG SIEW (SABAH, SANDAKAN) • SM SUNG SIEW (CF) 双修国民型中学

(山打根5日讯)我校宗教师Cikgu Mandzar 和他的团队为回教徒学生于4月5日,在初中部举行斋戒月活动。”Program Ihya Ramadan Pengukuhan Insan。活动包括朗诵“Yassin”和“Khatam Al-Quran”,Lailatur al-Qadar”分享,派发开斋节封包,最后由穆斯林学生组成的Nasyid al-Muslimin 团体以歌唱表演闭幕。

Program Pengukuhan Insan telah diadakan pada hari Jumaat iaitu 5 April 2024 di Sm Sung Siew,Sandakan di bawah unit Pendidikan Islam. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah bacaan Yassin dan Khatam Al-Quran dipimpin oleh Ustaz Manzar Bin Kasim selaku ketua Panitia Pendidikan Islam. Selain itu slot tazkirah telah disampaikan oleh Cikgu Azman Bin Samsudin iaitu topik malam "lailatur al-Qadar". Pengisian mengenai malam lailatur al-Qadar banyak memberi manfaat kepada murid-murid kerana mereka dapat menghayati malam lailatur al-Qadar dengan mengamalkan ibadah-ibadah sunnah sepanjang bulan Ramadan. Tambahan mereka  boleh menjadikan ibadah sunat ini pada bulan-bulan yang lain secara istiqamah. Seterusnya program ini diteruskan dengan slot penyampaian khas sampul raya ramadan kepada murid-murid. Slot terakhir turut dihadiri oleh kumpulan nasyid al-Muslimin yang terdiri dalam kalangan murid-murid Muslim. Suasana menjadi meriah dan menggembirakan. Alhamdulilah program tahun ini berjalan dengan jayanya. Akhir kata dari kami panitia Pendidikan Islam ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin & semoga kita berjumpa lagi di tahun hadapan.

                                                                                                                                               P01

 

  Dari kanan ke kiri, ke-2 : Ustazah Rahama binti Bakri, ke-3 : Ustazah Nazirah binti Jamaluddin