SM SUNG SIEW (CF) - Jamuan Teh Bersama Kanak-Kanak Istimewa Dan Anak Yatim Sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tahun 2023
18/10/2023 • School Admin - SMJK SUNG SIEW (SABAH, SANDAKAN) • SM SUNG SIEW (CF) 双修国民型中学
Penyertaan murid-murid SM Sung Siew ke Majlis Jamuan Teh Bersama Kanak-Kanak Istimewa Dan Anak Yatim Sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tahun 2023.
Majlis ini telah berlangsung pada 18 Oktober 2023 bertempat di Ballroom Sabah Hotel, Sandakan. Pn. Wong Foong Meng, Penolong Kanan HEM, Cikgu Mirna binti Supu selaku guru pengiring dan murid yang terlibat iaitu Chia Yi Jie(5E) dan Angel Chung(3B) telah menyertai majlis tersebut.
Ucapan tahniah kepada saudari Chia Yi Jie dan Angel Chung kerana terpilih membuat persembahan alat muzik biola semasa majlis berlangsung. Saudari Chia Yi Jie juga telah menghadiahkan sebuah karya potret hasil lukisannya kepada TYT Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar Bin Datuk Haji Mahiruddin.
Semoga penghargaan ini mampu memberi ransangan kepada semua murid SM Sung Siew untuk menonjolkan bakat di peringkat yang lebih tinggi.
Sung Siew Forever, We Rise Together!
|